backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Hydrocodone

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Hydrocodone?

Hydrocodone digunakan untuk melegakan sakit yanng kronik. Hydrocodone  termasuk dalam kumpulan ubat yang dikenali analgesik narkotik (opiat). Ia berfungsi di dalam otak untuk mengubah bagaimana badan anda rasa dan bertindak balas terhadap sakit.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ambil ubat ini dengan jadual yang telah ditetapkan seperti yang diarahkan oleh doktor anda, bukan untuk sakit yang tiba-tiba. Ambil ubat ini secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda, setiap 12 jam. Anda mungkin boleh mengambil ubat ini bersama atau tanpa makanan. Jika anda berasa loya, ia boleh dikurangkan dengan pengambilan bersama makanan. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang cara-cara mengurangkan rasa loya (seperti baring selama 1 atau 2 jam dengan sedikit pergerakan kepala).

Telan kapsul keseluruhannya. Jangan pecahkan, kunyah atau larutkan kapsul tersebut. Jika anda berbuat demikian, ia boleh menjejaskan kuantiti kandungan ubat dan meningkatkan risiko kesan-kesan sampingan.

Dos yang diberikan berdasarkan keadaan kesihatan anda dan tindak balas terhadap rawatan. Jangan tingkatkan dos anda atau gunakan ubat ini lebih kerap atau lebih lama daripada yang ditetapkan. Keadaan anda tidak akan bertambah dengan lebih cepat, dan risiko kesan sampingan anda akan meningkat. Hentikan pengambilan ubat jika diarahkan berbuat demikian.

Ubat tahan sakit berfungsi dengan baik jika ia digunakan seawal tanda pertama kesakitan berlaku. Sekiranya anda menunggu sehingga kesakitan semakin teruk, ubat mungkin tidak berfungsi.

Sebelum anda mula mengambil ubat ini, sila bertanya doktor atau ahli farmasi anda sama ada perlu hentikan atau ubah dos ubat narkotik anda yang lain. Untuk melegakan kesakitan, doktor anda boleh mengarahkan anda untuk mengambil ubat sakit narkotik atau bukan narkotik yang bertindak pantas (seperti acetaminophen, ibuprofen). Sila bertanya doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai penggunaan Hydrocodone dengan selamat dengan ubat lain.

Ubat ini boleh menyebabkan tindak balas berbalik, terutama jika ia telah digunakan secara tetap untuk masa yang lama atau dalam dos yang tinggi. Dalam kes sedemikian, simptom tindak balas berbalik (seperti gelisah, mata berair, hidung berair, mual, berpeluh, sakit otot) mungkin berlaku jika anda tiba-tiba berhenti menggunakan ubat ini. Untuk mencegah tindak balas berbalik, doktor anda boleh mengurangkan dos anda secara beransur-ansur. Sila bertanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut, dan laporkan apa-apa tindak balas berbalik dengan segera.

Apabila ubat ini digunakan untuk masa yang lama, ia mungkin tidak berfungsi dengan baik. Sila berunding dengan doktor anda jika ubat ini berhenti berfungsi dengan baik.

Bersama dengan faedahnya, ubat ini jarang menyebabkan tingkah laku mencari dadah yang tidak normal (ketagihan). Risiko ini boleh meningkat jika anda telah menyalahgunakan alkohol atau ubat pada masa lalu. Ambil ubat ini sama seperti yang ditetapkan untuk mengurangkan risiko ketagihan.

Maklumkan kepada doktor anda jika sakit anda berterusan atau semakin teruk.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Hydrocodone paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Hydrocodone  ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Hydrocodone  atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
  • Maklumkan doktor anda jika anda mempunyai atau pernah mengalami tekanan darah rendah; kesukaran membuang air kecil; sawan; atau tiroid, pundi hempedu, pankreas, hati, atau penyakit buah pinggang.

    Sekiranya anda menjalani pembedahan, termasuk pembedahan pergigian, maklumkan kepada doktor atau doktor gigi bahawa anda mengambil Hydrocone.

    Anda harus tahu bahawa Hydrocodone boleh membuat anda mengantuk. Jangan memandu kereta atau mengendalikan jentera sehingga anda tahu bagaimana ubat ini memberi kesan kepada anda.

    Anda harus tahu bahawa Hydrocodone boleh menyebabkan pening, kepala berasa ringan, dan pengsan ketika anda bangun terlalu cepat dari posisi baring. Ini lebih kerap apabila anda mula mengambil Hydrocodone. Untuk mengelakkan masalah ini, keluar dari tempat tidur perlahan-lahan, rehatkan kaki anda di atas lantai selama beberapa minit sebelum berdiri.

    Anda harus tahu bahawa Hydrocodone boleh menyebabkan sembelit. Rujuklah dengan doktor anda tentang diet anda dan gunakan ubat lain untuk merawat atau mencegah sembelit.

    Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

    Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori C bagi risiko mengandung.

    Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

    • A=Tiada risiko
    • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
    • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
    • D=Terbukti berisiko
    • X=Kontraindikasi
    • N=Tidak diketahui

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan ubat ini?

    Terdapat kesan sampingan yang lazim seperti:

    • Sembelit, sakit perut, loya, muntah.
    • Mulut kering.
    • Gatal-gatal.
    • Bengkak di tangan atau kaki anda.
    • Kesakitan otot, sakit belakang.
    • Simptom demam seperti hidung tersumbat, bersin, sakit tekak.
    • Rasa mengantuk, rasa letih.
    • Sakit kepala, pening kepala.

    Berhenti menggunakan Hydrocone dan hubungi doktor anda mengalami:

    • Lemah atau pernafasan pendek.
    • Sakit ketika kencing.
    • Kekeliruan, menggeletar, mengantuk teruk.
    • Rasa nak pitam.
    • Mandul, haid yang tak datang.
    • Mati pucuk, masalah seksual, hilang minat dalam hubungan seks.
    • Tahap kortisol rendah – loya, muntah, kehilangan selera makan, pening, letih atau rasa lemah yang semakin teruk.

    Dapatkan segera rawatan perubatan jika anda mengalami simptom sindrom serotonin, seperti: agitation, halusinasi, demam, berpeluh, menggigil, laju kadar denyutan jantung, kekejangan otot, berkeringat, hilang koordinasi, mual, muntah atau cirit-birit.

    Hydrocodone lebih cenderung menyebabkan masalah pernafasan pada orang tua dan orang-orang yang sakit parah, kurang zat, atau lemah.

    Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alahan terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

    Tindak Balas

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

    Hydrocodone mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

    Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

    • Ubat narkotik lain- ubat opiod atau ubat batu yang dipreskripsi.
    • Ubat yang membuatkan mata mengantuk atau pernafasan menjadi perlahan, ubat tidur, pelega otot, sedatif, tranquilizer, atau ubat antipsikotik.
    • Ubat yang menjejaskan adar serotonin dalam badan-ubat untuk tekanan, penyakit Parkinson, ubat sakit kepala migrain, jangkitan yang serius, atau penghalang loya atau muntah.

    Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

    Hydrocodone mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

    Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

    Hydrocodone akan bertindakbalas denga n keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

    Keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan  ubat ini ialah:

    • Ketagihan alkohol.
    • Masalah pernafasan (seperti, Penyakit paru-paru obstruktif kronik [COPD], cor pulmonale, hipoksia).
    • Kegagalan jantung tersumbat.
    • Kemurungan.
    • Ketagihan dadah, terutamanya dengan narkotik.
    • Ketidakseimbangan elektrolit.
    • Masalah pundi hempedu.
    • Masalah irama jantung (contohnya, sindrom QT panjang kongenital, degupan jantung perlahan).
    • Sakit mental.
    • Pancreatitis (keradangan atau bengkak pankreas).
    • Masalah perut atau usus (contohnya, tersumbat).
    • Kesukaran menelan.
    • Sistem imun yang lemah.
    • Asma.
    • Masalah pernafasan, parah (seperti., Hypercarbia).
    • Ileus paralitik (usus tidak berfungsi dan tersumbat).
    • Masalah pernafasan (pernafasan sangat perlahan).
    • Barah otak.
    • Kecederaan kepala.
    • Peningkatan tekanan di kepala.
    • Tekanan darah rendah.
    • Sawan.
    • Penyakit buah pinggang.
    • Penyakit hati.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

    Dos dewasa untuk sakit:

    Dos permulaan: 10 mg  secara oral setiap 12 jam

    Titisan: Dos perlu ditambah dengan kenaikan 10 mg secara oral setiap 12 jam setiap 3 hingga 7 hari seperti yang diperlukan untuk mencapai tahan sakit yang sekadarnya. Hydrocodone ER perlu dititiskan ke tahap dos yang sekadarnya dan meminimumkan kesan sampingan. Pesakit haruslah dipantau selalu, untuk menilai penyelenggaraan tahan sakit dan terjadinya kesan sampingan, serta pemantauan untuk sebarang ketagihan, atau penyalahgunaan. Pesakit yang mengalami kesakitan  mungkin memerlukan peningkatan dos, atau mungkin memerlukan ubat penyelamat dengan dos analgesik yang segera.

    Dos maksimum: satu dos hyrocone ER lebih besar dari 40 ke 50 mg, atau jumlah dos satu hari melebihi 80 mg hanya untuk pesakit yang mampu menahan opiod yang sebanding.

    Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

    Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

    Hydrocodone boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

    • Capsule Extended Release, Oral: 10mg, 15 mg, 20 mg, 30 mg, 40 mg, 50 mg

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan