Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Abacin selalunya digunakan bagi merawat jangkitan seperti:
Abacin adah sejenis ubat telan:
Abacin paling baik disimpan pada suhu bilik dengan mengelakkan cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan abacin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama abacin yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang abacin ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil abacin, anda harus memberitahu doktor, jika anda:
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Abacin boleh memberikan risiko kategori D untuk wanita yang hamil pada trimester pertama, menurut Pentadbir Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA).
Kategori USFDA bagi risiko kehamilan adalah berdasarkan:
Seperti mengambil ubat lain, mengambil abacin boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan. Kebanyakannya jarang berlaku dan tidak memerlukan rawatan tambahan. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi anda untuk berunding dengan doktor jika anda mempunyai sebarang masalah selepas mengambil ubat ini.
Beberapa kesan sampingan disenaraikan di bawah:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Abacin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:
Acecainide Acenocoumarol Ajmaline Amiloride Amiodarone Amisulpride Amitriptyline Amoxapine Aprindine Arsenic Trioxide Astemizole Azathioprine Azilsartan Azilsartan Medoxomil Azimilide Benazepril Bretylium Candesartan Cilexetil Captopril Ceritinib Chloral HydrateChloroquine Chloroquine Spironolactone Sultopride Tedisamil Telithromycin Telmisartan Trandolapril Triamterene Trifluoperazine Trimipramine Valsartan Vasopressin Levomethadyl Methenamine Rifabutin Rosiglitazone | Chlorpromazine Clarithromycin Dabrafenib Desipramine Dibenzepin Disopyramide Dolasetron Doxepin Droperidol Eltrombopag Enalapril Enalaprilat Enflurane Eplerenone Eprosartan Erythromycin Flecainide Fluconazole Fluoxetine Foscarnet Fosinopril GemifloxacinHalofantrine; Halofantrine Haloperidol Halothane Hydroquinidine Ibutilide Imipramine Irbesartan Isoflurane Isradipine Warfarin Zofenopril Zotepine Tolbutamide Dofetilide | Leucovorin Lidoflazine Lisinopril Lorcainide Losartan Mefloquine Mercaptopurine Methotrexate Moexipril Nortriptyline Octreotide Olmesartan Medoxomil Pentamidine Perindopril Pirmenol Prajmaline Probucol Procainamide Prochlorperazine Propafenone Pyrimethamine Quinapril Quinidine Ramipril Risperidone Sematilide Sertindole Sotalol Spiramycin Acetohexamide Amantadine Anisindione Didanosine Digoxin Fosphenytoin Phenytoin Repaglinide |
Abacin mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.
Abacin akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Untuk rawatan jangkitan bakteria: orang dewasa yang beratnya 40 kilogram (kg) atau lebih: dos boleh diselaraskan, biasanya kira-kira 800 miligram (mg) sulfamethoxazole dan 160 mg trimethoprim.
Untuk rawatan radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystis jiroveci atau Pneumocystis carinii: dos dikira berdasarkan berat badan oleh doktor anda. Dos biasa ialah 75 hingga 100 miligram (mg) per kilogram berat badan bagi sulfamethoxazole dan 15 hingga 20 miligram (mg) setiap kilogram berat badan bagi trimethoprim setiap hari, diberikan dalam dos yang sama dibahagikan setiap 6 jam selama 14 hingga 21 hari.
Untuk pencegahan pneumonia yang disebabkan oleh Pneumocystis jiroveci atau Pneumocystis carinii: dos yang disyorkan adalah 800 milligram (mg) sulfamethoxazole dan 160 mg trimethoprim sekali sehari.
Bagi pesakit cirit-birit: dos yang disyorkan adalah 800 miligram (mg) sulfamethoxazole dan 160 mg trimethoprim setiap 12 jam selama 5 hari.
Untuk rawatan jangkitan bakteria:
Untuk rawatan radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystis jiroveci atau Pneumocystis carinii:
Untuk cirit birit:
Abacin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos abacin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen