backup og meta

Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 11/05/2020

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Oleh sebab asma dan jangkitan virus korona baharu (COVID-19) mempengaruhi fungsi sistem pernafasan manusia, kita mudah keliru akan kedua-duanya.

    Begitu juga keadaannya dengan seorang remaja dari Ireland, Brandon Fay yang mengalami masalah sesak nafas.

    Oleh sebab dia mempunyai penyakit kronik asma, diagnosis tersebut berlegar-legar di benak fikirannya.

    Tidak disangka rupanya, simptom tersebut adalah disebabkan oleh COVID-19.

    Masih tiada bukti yang jelas menunjukkan pesakit asma lebih berisiko mengalami simptom COVID-19 teruk. 

    Namun, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyenaraikan mereka sebagai golongan berisiko.

    Di Malaysia, jumlah kes positif adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Simptom asma tidak boleh dijadikan tanda aras penyakit asma 

    Mungkin ramai yang tahu perihal bahaya membuat tanggapan sendiri apabila ia berkaitan dengan diagnosis penyakit.

    Pemeriksaan oleh pegawai kesihatan penting bagi memastikan diagnosis tepat dapat dikenal pasti dan dirawat.

    Perkara yang sama turut boleh berlaku pada pesakit asma.

    Pada situasi wabak virus pernafasan, seperti sekarang, sekiranya seseorang itu mengalami sesak nafas, lebih baik untuk bergegas ke pusat kecemasan.

    Apa yang kita tahu berkenaan dengan virus korona baharu, ia tidak mengenal usia, penyakit kronik mahupun latar belakang seseorang.

    Artikel berkaitan:

    Simptom yang dialami oleh mereka yang dijangkiti boleh menyerupai jangkitan virus lain atau penyakit kronik sistem pernafasan.

    Oleh itu, jika ragu, anda digalakkan untuk menelefon talian hotline dan menuruti nasihat operator telefon.

    Tiada satu simptom pun yang spesifik merujuk kepada COVID-19.

    Oleh sebab ia mudah berjangkit dan sebahagian kecil boleh alami simptom teruk, isolasi segera penting bagi mengelakkan penularan wabak.

    Bergegas dikejarkan ke hospital selepas alami ‘simptom asma’

    simptom asma
    Brandon Fay dirawat di Hospital Mater. Gambar oleh William Murphy – Flickr (CC BY-SA 2.0)

    Apabila Brandon mengalami masalah sesak nafas, disangkakan hanya masalah asma biasa.

    Pada keesokan harinya, dia telah menghadirkan diri ke temujanji rutin.

    Ketika pemeriksaan kesihatan sedang berlangsung, Brandon batuk berkali-kali. 

    Konsultan yang memeriksa Brandon mengesyaki dia telah dijangkiti oleh COVID-19.

    Setelah melakukan ujian, Brandon akhirnya dimasukkan ke dalam wad pemerhatian memandangkan dia mempunyai masalah kronik asma.

    Sepanjang berada di hospital, dia kerap mengalami simptom sesak nafas dan kurang selera makan.

    Baca juga:

  • Awas, Anda MASIH BOLEH Dijangkiti COVID-19, Walaupun Tiada Sebarang Simptom

  • Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!
  • Disangkakan itu merupakan saat terakhir baginya.

    Walau bagaimanapun, keadaan Brandon bertambah baik dan dia telah ditempatkan di dalam wad yang turut dihuni oleh pesakit COVID-19.

    Sesiapa pun akan cemas apabila diletakkan di dalam situasi sebegitu. 

    Brandon hanya mengetahui wad tersebut menempatkan pesakit COVID-19 lain. Oleh sebab ia merupakan virus yang agresif, sudah tentu dia panik.

    Namun, kakitangan hospital telah menenangkannya.

    Jangan buat tanggapan sendiri, periksa jika anda alami simptom asma

    covid

    Siapa tahu? Simptom Brandon boleh menjadi bertambah teruk sekiranya dia tidak dimasukkan ke dalam hospital.

    Pengalaman yang mengerikan baginya itu telah memberikan pengajaran yang berharga.

    Jangan buat anggapan sendiri. Brandon tidak tahu bagaimana dia boleh dijangkiti oleh virus tersebut.

    Namun, seperti apa yang ditunjukkan dalam kajian COVID-19, kebanyakan individu yang dijangkiti tidak menunjukkan simptom.

    Dalam masa yang sama, mereka boleh menyebarkannya!

    Jika anda mengalami simptom asma sepanjang musim wabak, hubungi talian kecemasan COVID-19 untuk tindakan seterusnya.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 11/05/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan