backup og meta

62% Penyebaran COVID-19 Daripada Kluster Tabligh, Adakah Ia Akan Berakhir Atau Makin Teruk?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/04/2020

    62% Penyebaran COVID-19 Daripada Kluster Tabligh, Adakah Ia Akan Berakhir Atau Makin Teruk?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Walaupun tahap kepatuhan rakyat Malaysia terhadap perintah kawalan pergerakan bertambah baik, keadaan wabak virus korona baharu (COVID-19) semakin teruk.

    Terbaru, jumlah kes pada 23 Mac 2020 telah direkodkan dalam kalangan 212 individu.  123 daripada jumlah tersebut merupakan pesakit perhimpunan tabligh yang telah menghadiri perhimpunan ijtimak yang diadakan di Masjid Sri Petaling pada hujung bulan Februari lalu. 

    [covid_19]

    Secara totalnya, mereka yang telah didiagnosis dengan jangkitan COVID-19 berada pada angka 1,518. Sebahagian majoriti daripada jumlah tersebut dipelopori oleh jemaah tabligh. Adakah mimpi ngeri ini akan berakhir atau kelak, adakah ia akan menjadi semakin teruk?

    Peserta perhimpunan tabligh dinasihatkan untuk turun membuat ujian saringan

    peserta perhimpunan tabligh

    Mungkin ada yang tidak bimbang dengan jangkitan COVID-19 berikutan kajian menunjukkan majoriti pesakit mengalami simptom ringan. Namun, implikasinya boleh menyebabkan keadaan jangkitan wabak menjadi semakin teruk.

    Hari ini (23 Mac 2020), wabak COVID-19 telah meragut 4 nyawa. Secara keseluruhan, daripada 14 kematian yang direkodkan sepanjang wabak berlaku, 6 individu merupakan peserta perhimpunan tabligh dan 2 individu mempunyai sejarah kontak rapat dengan peserta perhimpunan tersebut.

    Ini merupakan satu pola jangkitan yang serius. Jelas sekali, ia menunjukkan potensi virus untuk merebak dalam kalangan individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu berjangkit.

    Kerajaan telah mengambil pelbagai jenis inisiatif bagi menggalakkan pemeriksaan saringan dilakukan dalam kalangan peserta perhimpunan tabligh. 

    Dianggarkan, perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh hampir 16,000 peserta daripada dalam dan luar negara. Dianggarkan kira-kira 13,000 merupakan peserta yang berasal dari Malaysia.

    Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah, sampel telah diambil daripada 6,700 peserta dan 940 daripadanya mendapat keputusan positif. 

    Ini bermakna 62% daripada jumlah mereka yang didiagnosis dengan jangkitan COVID-19 berasal daripada jemaah tabligh itu sendiri. 

    Pada mulanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menurut panduan ujian saringan yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Mereka yang menunjukkan simptom sahaja akan disaring.

    Namun, melihat kepada pola kenaikan pesat dalam kalangan peserta perhimpunan tabligh, semua individu yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan tersebut akan disaring.

    Kontak rapat punca jangkitan tersebut menular

    virus korona

    Kenaikan kes positif akibat daripada perhimpunan tabligh tersebut bukan hanya dirasai oleh Malaysia sahaja. Negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Thailand turut mengalami perkara yang sama.

    Terdapat juga peserta yang berasal dari China dan Korea Selatan yang turut hadir di dalam majlis tersebut. Hubungan erat, sentuhan fizikal dan amalan makan sepinggan menyebabkan jangkitan COVID mudah untuk menular dalam kalangan peserta.

    Apabila perhimpunan tamat dan mereka kembali ke kampung halaman masing-masing, ia boleh menyebabkan jangkitan kepada individu sihat. Lihat sahaja kepada kes kematian ke-7 dan ke-14. Mereka mempunyai sejarah kontak rapat dengan peserta perhimpunan tabligh.

    Kenyataan ini bukan bertujuan untuk menuding jari tetapi ingin menggalakkan mereka yang menyertai perhimpunan tersebut untuk tampil ke fasiliti KKM, bagi mendapatkan pemeriksaan saringan kesihatan.

    Menurut Datuk Hisham, tiada caj yang akan dikenakan walau anda merupakan warga asing sekalipun. KKM telah menghantar pesanan ringkas kepada setiap individu yang menggunakan nombor telefon berdaftar bagi memberi peringatan berkenaan dengan hal ini.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    peserta perhimpunan tabligh

    Jika peserta perhimpunan tabligh yang tidak hadir ke ujian saringan merupakan kes positif dan berkontak rapat dengan ramai individu, kita bakal menyaksikan gelombang ketiga.

    Kalau kita lihat pada pola kenaikan gelombang pertama kepada gelombang kedua, ia menunjukkan tren mendadak. Gelombang ketiga sekiranya berlaku akan memberikan kesukaran kepada banyak pihak.

    Jika anda pernah menyertai perhimpunan tabligh atau mengalami simptom COVID-19, segeralah bergegas ke fasiliti kesihatan KKM untuk ujian saringan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan