backup og meta

Bermula Di China, Ini Kronologi Virus Korona Yang Makin PARAH!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/04/2020

    Bermula Di China, Ini Kronologi Virus Korona Yang Makin PARAH!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Virus korona baharu (COVID19) adalah kebimbangan masyarakat dunia pada ketika ini. Yang paling merisaukan tentulah apa simptom koronavirus yang perlu diperhatikan?

    Pada penghujung tahun 2019 lalu, seluruh dunia telah dikejutkan dengan berita penyebaran virus korona di sekitar China dan beberapa buah negara jiran yang lain di sekitarnya. 

    Persoalannya, apa itu virus korona? Dan bagaimanakah ia boleh mula merebak? Apakah perkembangan COVID19 dunia pada ketika ini?

    Setakat ini statistik berkaitan dengan kes positif di Malaysia adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan

    virus korona adalah

    Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. Virus ini akan mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam, selesema atau sesak nafas.

    Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis virus korona. Ini termasuklah:

    • 229E (alpha coronavirus)
    • NL63 (alpha coronavirus)
    • OC43 (beta coronavirus)
    • HKU1 (beta coronavirus)

    Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kemunculan sejenis virus baharu yang telah diberi nama COVID19 atau Corona Virus Disease 2019. Ia yang mempunyai persamaan genetik dengan 2 jenis virus korona, SARS-CoV dan MERS-CoV, yang dikatakan menjadi dalang kepada 2 wabak epidemik iaitu Sindrom Pernafasan Akut Teruk atau Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah atau Middle East Respiratory Syndrome (MERS).

    Artikel berkaitan:

    Virus ini dikatakan telah menyerang ramai individu yang tinggal di sekitar kawasan kota Wuhan, China Selatan. Berikut merupakan perkembangan COVID19 dunia sehingga 20 Januari 2020!

    Kronologi perkembangan COVID19 dunia 

    31 Disember 2019

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah diberitahu oleh pihak berkuasa negara China bahawa sejenis wabak yang menyebabkan penyakit radang paru-paru telah tersebar di negara tersebut. 

    Setelah disiasat, wabak ini dikatakan bermula dari sebuah pasar basah yang terletak di bandar Wuhan, China Tengah.

    1 Januari 2020

    Pasar ikan yang dipercayai menyebarkan virus ini telah ditutup. Ketika kejadian, tiada jangkitan antara individu telah dicatatkan. Pada waktu tersebut saintis mempercayai, virus ini tidak boleh disebarkan dari individu ke individu.

    Namun, kajian lanjutan masih lagi dijalankan.

    7 Januari 2020

    Pihak berkuasa China telah mengesahkan wabak jangkitan yang melanda negara mereka kini adalah disebabkan oleh virus korona baharu iaitu COVID-19 (dahulu dikenali sebagai 2019-nCoV).

    Ia merupakan sejenis virus yang baharu dalam kategori virus korona. 

    9 Januari 2020

    Autoriti China telah memberitahu pihak media bahawa punca kepada penyakit radang paru-paru yang berlaku di negara itu adalah disebabkan oleh COVID-19.

    Mereka turut mendedahkan virus korona ini adalah sedikit berbeza sifatnya berbanding virus korona yang pernah ditemui sebelum ini.

    11 Januari 2020

    Kematian pertama akibat virus ini telah disahkan pihak berkuasa China. Mereka menyatakan jumlah pesakit yang terkena wabak ini adalah seramai 41 orang. Kadar kenaikan ini boleh dikatakan laju dan jika tiada usaha yang diambil bagi menanganinya, ia berpotensi untuk menjadi wabak epidemik kelak.

    virus korona adalah

    12 Januari 2020

    Kerajaan China telah berkongsi maklumat genetik virus korona bagi memudahkan usaha negara-negara lain untuk mencipta kit diagnostik spesifik bagi mengesan virus ini.

    Artikel berkaitan:

    13 Januari 2020

    Tanggal 13 Januari lalu, dikatakan virus ini telah tersebar ke luar negara China.

    Pihak berkuasa Thailand melaporkan seorang wanita China dari Wuhan telah masuk ke negara itu pada 8 Januari dan dimasukkan ke hospital akibat simptom koronavirus. 

    Setelah disiasat, didapati wanita itu pernah mengalami demam, sakit tekak dan pening kepala sejak 5 Januari lagi!

    16 Januari 2020

    Jepun mengesahkan virus korona baharu telah ditemui di sana. Seorang lelaki Jepun didapati positif virus korona selepas melawat kota Wuhan di China dan dimasukkan ke hospital sejak 10 Januari lalu. 

    Pada hari yang sama, pihak atasan negara China telah mengesahkan seorang warga emas berusia 61 tahun meninggal dunia akibat masalah pernafasan yang didalangi oleh virus korona. 

    17 Januari 2020

    Seorang lagi warga emas yang berusia 69 tahun maut dipercayai berikutan jangkitan virus ini. Pemergian mendiang menjadikan kes kematian akibat wabak ini meningkat kepada 3 orang.

    Pada hari yang sama juga, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menjalankan ujian saringan terhadap pelancong yang tiba dari Wuhan di 3 lapangan terbang utama iaitu New York’s JFK, San Francisco dan Los Angeles.

    20 Januari 2020

    Lebih 200 kes berkaitan jangkitan virus korona ini telah dicatatkan dan kawasan yang paling teruk terjejas adalah kawasan utara Beijing, timur Shanghai dan selatan Shenzhen, China.

    Apa yang membimbangkan, virus ini telah mula tersebar ke negara jiran seperti Thailand, Jepun dan beberapa buah negara lain termasuklah Amerika Syarikat!

    Di Amerika, seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital akibat mempunyai simptom koronavirus selepas pulang melancong dari Wuhan, China ketika wabak ini mula berlaku.

    Sehingga tarikh 20 Januari sahaja, kira-kira 291 kes telah dicatatkan, menurut laporan CNN.

    simptom koronavirus

    Simptom koronavirus yang perlu diperhatikan

    Seperti yang telah diterangkan, virus korona adalah sejenis virus yang akan menyerang sistem respiratori haiwan mamalia, termasuklah manusia. 

    Bagaimana untuk tahu jika ia mungkin dijangkiti oleh anda? Perhatikan korona virus simptom berikut:

    • Demam
    • Selesema
    • Hidung tersumbat
    • Bersin
    • Batuk
    • Sakit tekak
    • Sesak nafas
    • Kepenatan
    • Asma bertambah buruk

    Sekiranya anda mengalami simptom ini, ia mungkin tanda anda dijangkiti penyakit demam biasa sahaja. Namun, ia juga mungkin tanda anda telah diserang wabak virus korona baharu ini. Kadangkala, individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang simptom.

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/

    Jadi, sila berjaga-jaga, terutamanya jika anda baru sahaja pulang dari melancong dari luar negara.

    Konklusi

    Jumlah jangkitan virus korona di seluruh dunia telah meningkat melebihi angka 400,000 individu.  Di Malaysia, beberapa langkah pencegahan telah dilakukan bagi memastikan kemaraan virus ini dapat dibendung sebelum ia menjangkiti individu lain.

    Diharapkan pembaca akur dan patuh dengan nasihat pakar berkenaan dengan COVID-19.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

    Anda mungkin berminat untuk baca artikel ini:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan