Jaga Mulut! Jika Ada Orang Yang Anda Kenal Dijangkiti COVID-19, Lakukan 5 Hal Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Semua individu pasti rasa risau akan keselamatan diri, keluarga dan sahabat handai apabila pandemik COVID-19 melanda.

Ditambah pula dengan sekatan pergerakan, kurangnya interaksi sosial bersama insan lain boleh memberi impak negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal sesiapa sahaja.

Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang dijangkiti oleh COVID-19? Pasti ramai di antara kita yang mengenali seseorang yang pernah atau sedang dijangkiti penyakit ini.

Dijangkiti COVID-19 merupakan satu pengalaman yang sangat menakutkan. Malahan, mereka yang mempunyai virus ini boleh bertindak menyebarkannya kepada kontak rapat tanpa disedari.

Oleh sebab itu, mereka mungkin akan rasa sedih dan risau setelah dijangkiti virus korona. Justeru, peranan masyarakat termasuk ahli keluarga mahupun sahabat penting untuk membantu pesakit yang telah didiagnosis dengan COVID-19.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

165,371

Disahkan

9,196

Sembuh

619

Kes Kematian
Peta sebaran

Sebenarnya, ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan mental diri dan juga orang lain yang memerlukan sokongan tambahan.

Antara langkah yang boleh diambil bagi menjalankan peranan masyarakat ialah:

1. Berikan sokongan kepada pesakit COVID-19

Pastikan mereka yang telah disahkan positif COVID-19 mengasingkan dirinya daripada orang sekeliling. Kebanyakan pesakit akan alami simptom selama beberapa hari dan rasa sihat selepas seminggu.

Jika ahli keluarga atau rakan anda dijangkiti COVID-19 dan telah habis melalui kuarantin, pastikan mereka mendapat rehat dan minum air dengan secukupnya.

Individu yang baru keluar daripada hospital selalunya akan rasa sakit badan, lenguh, letih dan batuk-batuk.

Disebabkan kesihatan mereka yang tidak mengizinkan, anda boleh bantu mereka untuk melakukan tugasan harian seperti membeli barang, membersihkan rumah atau membasuh baju.

Walau bagaimanapun, elakkan berkongsi barang seperti tuala ataupun berus gigi mereka.

2. Kekal berhubung

peranan masyarakat

Pada zaman teknologi kini, amat mudah jika anda ingin kekal berhubung dengan insan yang tersayang.

Walaupun ahli keluarga atau sahabat anda dijangkiti COVID-19, anda masih boleh berhubung dengan mereka melalui telefon, media sosial ataupun panggilan video.

Ramai yang dijangkiti koronavirus tidak mempunyai sebarang simptom. Oleh sebab itu, anda mungkin boleh berhubung dengan mereka seperti biasa. Nyatakan sokongan serta doa anda untuk mereka.

Namun, jika mereka tidak sihat dan perlukan rehat, pastikan anda tidak menghubungi atau mengganggu mereka secara keterlaluan.

Beri mereka masa untuk berehat. Jika anda ingin tanya khabar, anda sentiasa boleh berhubung dengan ahli keluarga mereka atau tunggu hingga tempoh kuarantin mereka selesai.

Artikel berkaitan:

Orang Dengan Masalah OCD Atau ‘Anxiety’ Menderita Ketika PKP? INI 5 Cara Atasinya!

3. Elakkan stigma dan diskriminasi

Disebabkan stigma, ada di kalangan pesakit COVID-19 yang sudah sembuh menerima layanan yang tidak sepatutnya oleh orang sekeliling. Ramai yang menjauhi mereka kerana takut dijangkiti COVID-19.

Perkara ini akan menyebabkan pesakit mengalami tekanan perasaan yang boleh mempengaruhi kesihatan mental mereka.

Ingat, elakkan disriminasi terhadap orang lain! Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dijangkiti virus ini, kontak rapat serta individu yang bekerja di hospital.

Perkara yang sama juga dialami oleh pekerja barisan hadapan ataupun frontliners. Stigma yang menghantui sebahagian masyarakat ini boleh membuatkan situasi jadi bertambah sukar.

Oleh sebab itu, mainkan peranan masyarakat anda untuk membantu menjaga kesihatan mental mereka. 

4. Duduk rumah bantu turunkan kadar jangkitan COVID-19

peranan masyarakat

Jika anda mempunyai kenalan rapat yang telah dijangkiti COVID-19, pastikan anda jaga kesihatan diri anda dan elakkan keluar rumah.

CDC mencadangkan sesiapa yang pernah berjumpa dengan individu yang disahkan positif COVID-19 untuk terus mengasingkan diri dan melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Selain itu, pastikan anda jaga kebersihan diri dan ruang di sekitar anda. Jika anda tidak berjumpa sesiapa yang positif COVID-19, anda masih perlu jalankan tanggungjawab anda dengan tinggal di rumah.

Namun, jika terpaksa keluar rumah, jangan lupa memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain. Jauhi tempat yang sesak dan elakkan menerima sebarang tetamu.

Baca juga:

5. Tahu bila anda perlu minta pertolongan

Jika anda atau ahli keluarga anda menunjukkan tanda-tanda berikut, pastikan anda berhubung dengan pihak berkuasa secepat mungkin:

  1. Sukar bernafas.
  2. Sakit dada yang berpanjangan.
  3.  Rasa keliru.
  4. Sukar bangun atau kekal berjaga.
  5. Wajah atau bibir yang membiru.

Telefon 999 dan jelaskan kepada mereka bahawa anda mungkin berada bersama pesakit yang telah dijangkiti wabak Koronavirus.

virus korona baharu

Masyarakat mempunyai peranan tersendiri

Bukanlah sesuatu yang luar biasa jika kita mempunyai ahli keluarga atau sahabat handai yang dijangkiti wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, disebabkan betapa bahayanya virus ini dan kemampuannya untuk menjangkiti orang lain, kita haruslah mengambil langkah yang proaktif untuk menghentikan penyebarannya.

Mereka yang telah dijangkiti COVID-19 adalah manusia biasa seperti kita. Tidak adil jika kita bersikap pukul rata dan anggap mereka sebagai insan yang tidak bertanggungjawab.

Daripada anda terus bersikap negatif terhadap mereka, lebih baik anda bantu untuk meringankan beban mereka.

Ketika kita sedang menghadapi norma baharu ini, penting untuk kita saling menjaga satu sama lain. Dengan teknologi, kita masih boleh berhubung dan bertanya khabar.

Oleh sebab itu, elakkanlah mempunyai stigma dan bersikap diskriminasi terhadap orang lain ya!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Ada beberapa pengajaran dan memori daripada tahun 2020 yang mungkin takkan dilupakan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Azam 2021 Mahu Tingkatkan Kesihatan Mental, Ingin Jayakannya, Guna 5 Tip Ini!

Apa azam tahun baru kalian? Adakah mahu menuju kesihatan mental yang lebih terjamin? Jika ya, jom klik untuk tahu tip menjayakannya pada tahun depan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/12/2020 . 3 minit bacaan

Orang GILA KERJA Ada Masalah Mental, Cuba Periksa Tanda-tanda Ini!

Adakah anda tergolong dalam kalangan gila kerja? Bagi mengetahui jika anda seorang yang sibuk bekerja, kenalinya melalui tanda-tanda ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Lagi Berita Selebriti Antarabangsa Dijangkiti COVID-19, Kini Giliran Pengacara Ellen DeGeneres Pula!

Ya, wabak virus covid 19 ini telah menjangkiti ramai orang tanpa mengira siapa. Terbaharu, Ellen Degeneres pula dikatakan dijangkiti penyakit ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 11/12/2020 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

positif toksik

Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
kekuatan mental

Nak Mental Kuat Ada Caranya! Ikut 5 Langkah Ini, Termasuk Mandi Air Sejuk Waktu Pagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
manfaat diet mediterranean

WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan