backup og meta

Cegah COVID-19, Amalkan 8 Makanan Ini Untuk Kuatkan Sistem Imun Badan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/09/2023

    Cegah COVID-19, Amalkan 8 Makanan Ini Untuk Kuatkan Sistem Imun Badan

    Mencuci tangan antara kaedah yang disarankan bagi menghindari cara jangkitan coronavirus. Tetapi, percayakah anda bahawa pengambilan jenis makanan dan nutrien yang mencukupi juga membantu dalam pencegahan virus dari Wuhan ini? Benarkah pernyataan ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Bolehkah cegah cara jangkitan coronavirus melalui pemakanan?

    Setiap jenis makanan yang diambil ada kandungan nutrien dengan manfaat tersendiri.

    Terdapat nutrien yang berperanan membantu badan melawan virus, termasuklah jangkitan coronavirus ini. 

    Komponen sistem pertahanan badan terdiri daripada pelbagai sel, protein, tisu dan organ.

    Setiap komponen ini akan bekerjasama melawan patogen (kuman) yang memasuki badan, sama ada dalam bentuk bakteria, parasit atau virus seperti novel coronavirus (2019-nCoV).

    Anda mungkin akan lebih memahami berkenaan coronavirus melalui video di bawah ini:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

    Sistem pertahanan ini berfungsi melawan cara jangkitan coronavirus dengan membentuk antibodi.

    Antibodi adalah protein khas yang akan ‘mengikat’ dirinya pada patogen, lalu membunuh patogen supaya badan sembuh daripada penyakit.

    Artikel berkaitan:

    Mempunyai sistem imun yang kuat bermakna setiap komponen di dalamnya juga dapat membentuk antibodi yang sama kuat.

    Apakah nutrien yang perlu diambil bagi mengelak cara jangkitan coronavirus?

    cara jangkitan coronavirus

    Nutrien yang diperlukan untuk menghalang cara jangkitan coronavirus sama dengan nutrien yang berperanan mencegah virus penyebab selesema.

    Selesema antara salah satu simptom yang memungkinkan anda dijangkiti COVID-19. Simptom lain seperti berikut:

    Berdasarkan kajian, berikut antara nutrien yang diperlukan badan anda:

    1. Karbohidrat 

    Ia sumber tenaga kepada sel sistem pertahanan badan. Karbohidrat yang anda makan akan berubah menjadi tenaga dalam proses glikolisis.

    Proses ini juga menyokong penghasilan sel-sel limfosit.

    Limfosit adalah sel yang berfungsi untuk mengenali protein pada permukaan patogen, membentuk antibodi dan membunuh patogen punca kerosakan pada tisu badan.

    Sekiranya badan terdedah kepada virus korona, sel-sel inilah yang akan bertindak terlebih dahulu. 

    2. Protein dan asid amino

    Nutrien paling penting melawan virus korona pastinya protein kerana ia merupakan bahan paling penting dalam penghasilan sel imun

    Selain protein, sistem imun juga perlu asid amino dalam bentuk arginine dan glutamin.

    Asid amino adalah sebatian kecil yang membentuk protein. Kedua-dua sebatian ini diperlukan dalam pembentukan limfosit.

    3. Vitamin dan mineral

    Vitamin berperanan menjaga sel-sel imun agar dapat berfungsi dengan baik. Jenis vitamin yang diperlukan adalah vitamin A, C, E dan B kompleks.

    Proses pembentukan sistem imun yang kuat juga memerlukan mineral seperti selenium, zink dan zat besi. 

    4. Antioksidan

    Antioksidan memiliki peranan dalam melawan radikal bebas dan melindungi sel imun daripada kerosakan.

    Ia sekali gus membantu sistem imun untuk berfungsi secara optimum dan membantu mencegah jangkitan virus 2019-nCoV. 

    Artikel berkaitan:

  • Merebak Dari Sentuhan, Pegang Muka Sendiri Jadi Punca Jangkitan COVID-19?
  • Apalah Nasib Gelandangan Ketika Musim COVID-19 Ini? Lebih Terdedah Pada Risiko Jangkitan?
  • Antioksidan boleh diperolehi dalam bentuk vitamin C, D, E dan beta-karoten, iaitu bahan mentah vitamin A.

    Selain vitamin, antioksidan juga terdapat dalam sebatian flavanoid dan lycopene pada sayuran dan buah-buahan. 

    Jenis makanan untuk melawan cara jangkitan coronavirus

    cara jangkitan coronavirus

    Hakikatnya, tidak ada satu jenis makanan yang dapat menghalang penularan jangkitan novel coronavirus ini.

    Tetapi pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman tertentu, sekurang-kurangnya dapat membantu menguatkan sistem imun badan dan melindungi daripada risiko jangkitan. 

    #1. Buah sitrus

    Merupakan sumber vitamin C yang baik. Vitamin C dapat meningkatkan penghasilan sel darah putih yang berperanan melawan jangkitan virus. Antara buah yang popular sebagai sumber vitamin C adalah:

    • Oren
    • Limau tangerine
    • Limau gedang (grapefruit)
    • Lemon 
    • Limau purut

    #2. Brokoli

    Sangat berpotensi dalam mencegah jangkitan virus korona. Brokoli adalah sayur yang kaya dengan nutrien penting sistem imun, seperti serat, antioksidan dan vitamin A, C serta E. 

    #3. Bayam 

    Bayam mengandungi vitamin C, flavanoid dan beta karoten yang dapat membantu melawan jangkitan virus.

    Ketiga-tiga nutrien itu dapat memperkuatkan sistem imun melalui penghasilan sel darah putih yang banyak. Cara terbaik mengekalkan manfaatnya adalah dengan tidak memasak terlalu lama.

    #4. Beri biru

    Buah ini kaya dengan antioksidan flavanoid yang dikenali sebagai antosianin. Banyak kajian menunjukkan bahawa sebatian ini dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran pernafasan.

    #5. Bawang putih

    Merupakan antara ramuan yang sering diguna untuk merawat selesema. Ia mengandungi sebatian allicin yang dikatakan cukup berkesan dalam mencegah jangkitan, khususnya pada saluran pernafasan.

    #6. Teh hijau

    Minuman ini juga mempunyai nutrien yang dapat mencegah penyebaran jangkitan virus korona. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil epigallocatechin gallate (EGCG), sejenis kompaun yang dapat menguatkan sel-T dalam sistem imun badan.

    #7. Yogurt dan susu

    Kedua-duanya mengandungi bakteria baik dipanggil probiotik. Probiotik berfungsi membantu sistem pencernaan, merangsang sistem imun dan menjadikannya kebal terhadap sebarang jangkitan.

    #8. Lada benggala merah 

    Merupakan antara makanan tinggi kandungan nutrien yang dapat menghalang jangkitan virus korona.

    Ia mengandungi dua kali lebih banyak vitamin C berbanding buah sitrus. Selain dapat menguatkan sistem imun, lada benggala merah juga membantu menjadikan anda lebih sihat.

    Konklusinya 

    Seperti yang dikatakan tadi, sebenarnya TIADA MAKANAN yang dapat menghalang cara jangkitan coronavirus ini secara langsung.

    Malahan, tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikan sesetengah jenis makanan boleh mencegah dan merawat jangkitan virus korona ini.

    Namun, melalui pengambilan makanan yang kaya dengan kandungan nutrien baik, sedikit sebanyak ia dapat membantu memperkuatkan sistem imun badan anda. 

    cara jangkitan coronavirus

    Keadaan ini sudah tentu dapat mengurangkan risiko cara jangkitan coronavirus kepada anda. Walau bagaimanapun, aspek penjagaan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan serta pemakaian topeng muka tetap tidak boleh diabaikan. 

    Jika boleh, hindarilah daripada pergi ke kawasan tumpuan ramai kerana di tempat seperti itu akan lebih mendedahkan diri anda kepada jangkitan virus. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan