JANGAN Bergantung Pada Hand Sanitizer Saja Untuk Basmi COVID-19, Ini Risiko Anda Tak Sedar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/10/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Zaman sekarang, ramai orang lebih percaya dengan hand sanitizer berbanding mencuci tangan menggunakan sabun dan air. Ia memang sangat popular pada hari ini lebih-lebih ketika pandemik wabak COVID-19 ini sedang melanda.

Berikut adalah statistik terkini kes COVID-19 di negara kita:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

58,847

Disahkan

9,196

Sembuh

341

Kes Kematian
Peta sebaran

Namun tahukah anda terdapat banyak keburukan hand sanitizer yang tersembunyi? Ayuh sama-sama kita ikuti artikel untuk tahu mengenainya dengan lebih lanjut!

Apa itu hand sanitizer?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, apa kata kita mengetahui terlebih dahulu berkenaan cecair pembersih tangan yang dikatakan boleh membantu mencegah COVID-19 ini?

Hand sanitizer dicipta untuk tujuan kegunaan individu yang bekerja di kawasan yang memerlukan kesedaran mengenai kesihatan yang tinggi, seperti hospital, klinik, farmasi, mana-mana pusat kesihatan dan sebagainya.

Ia adalah sejenis cecair yang sangat berguna dan berjasa kepada golongan frontliner seperti doktor, jururawat, ahli farmasi dan pekerja yang bekerja di pusat kesihatan yang penuh dengan pesakit lebih-lebih lagi ketika virus korona baharu sedang menular dengan dahsyat kini.

Ini kerana ia dikatakan sangat membantu golongan ini membunuh kuman, bakteria atau virus yang sering berada pada tangan mereka akibat menyentuh atau merawat pesakit. 

Hand sanitizer mengandungi pelbagai sebatian seperti air, ejen pewangi, glycerin, ethanol, triclosan, isopropyl dan N-propanol sebagai bahan ramuan yang aktif dan berfungsi sebagai antiseptik.

Pun begitu, produk ini boleh digambarkan sebagai indah khabar dari rupa.

Cecair yang dikatakan kononnya boleh membersihkan sepenuhnya tangan dari segala anasir buruk ini tidak begitu efektif seperti yang disangka.

Bahkan, terdapat banyak keburukan hand sanitizer ini kepada penggunanya!

Keburukan hand sanitizer yang kalian perlu tahu

keburukan hand sanitizer

Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), bahan-bahan yang terkandung dalam cecair pencuci tangan ini mungkin akan mendatangkan beberapa risiko yang tersembunyi, seperti:

#1. Menjadikan tubuh badan kebal antibiotik

Untuk pengetahuan anda, antibiotik sangat efektif dalam melawan bakteria. Namun, apakah yang akan terjadi sekiranya tubuh badan anda kebal terhadap antibiotik?

Ini sudah tentu sekali akan membuat kuman, bakteria atau virus seperti COVID-19 bermaharajalela dalam tubuh badan.

Ini yang akan berlaku pada tubuh badan sekiranya dijangkiti virus korona baharu ini:

Bagaimana Virus Korona Wuhan Boleh Menyebabkan Anda Sakit?

Bagaimana cara Virus Korona Wuhan ni merebak? Tengok video ini bagi memahami cara virus ini tersebar dan menjangkiti manusia.Ketahui senarai hospital yang boleh mengendalikan virus ini di sini: http://bit.ly/2Gzx8dQ#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Tuesday, February 4, 2020

Menurut kajian yang dijalankan oleh U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) pada 2011, didapati bahawa pekerja di sebuah tempat kerja lebih berisiko dijangkiti norovirus jika menggunakan hand sanitizer berbanding mencuci tangan menggunakan sabun.

Jelas sekali, sifat cecair pencuci tangan yang rintang antibiotik ini hanya akan membuat kuman dan bakteria ‘kebal’ di dalam tubuh badan kita.

Bagaimana pula dengan virus korona baharu? Kajian lanjutan masih perlu dijalankan.

#2. Membuat kulit lebih kering

Ramuan yang terdapat dalam cecair pencuci tangan ini seperti ethanol, isopropyl, dan N-propanol boleh menyumbang kepada keburukan hand sanitizer

Ini kerana bahan-bahan ini adalah antara jenis alkohol yang boleh mengeringkan kulit jika ia terkena pada mana-mana bahagian kulit pada tubuh badan. 

Bukan itu sahaja, ia juga malah akan merengsakan kulit dan membunuh segala sel kulit yang terhidrat dan membuang minyak semula jadi serta acid mantle, sekali gus meninggikan risiko dermatitis kontak.

Anda pasti tidak mahu ini terjadi kepada tangan anda, bukan? Jadi, sila gunakan air dan sabun dalam usaha mencegah wabak COVID-19.

#3. Membuat proses penuaan kulit lebih pantas

Selain membuat kulit lebih kering, keburukan hand sanitizer yang lain pula adalah ia akan menyebabkan kulit lebih cepat mengalami penuaan.

Untuk lebih faham, penggunaannya yang terlalu kerap akan mengakibatkan timbulnya garisan dan kedutan pada kulit selain merosakkan keremajaannya.

Ini kerana bahan alkohol yang disebutkan tadi akan merosakkan sistem pertahanan semula jadi kulit sekali gus mengurangkan keupayaannya untuk melindungi diri dan seterusnya meningkatkan risiko dehidrasi berlaku. 

Ini adalah punca kulit tangan anda nampak lebih tua, berbeza dengan kulit wajah!

keburukan hand sanitizer

#4. Keracunan alkohol

Bukan itu sahaja, antara keburukan hand sanitizer yang lain adalah ia mungkin boleh menyebabkan keracunan alkohol.

Hanya kerana produk yang anda guna tidak mengandungi triclosan, tidak bermakna ia selamat digunakan ya?

Terdapat banyak jenis alkohol lain yang ada di dalam cecair pencuci tangan ini, boleh mengakibatkan keracunan alkohol.

Pada Mac 2012, 6 remaja yang tinggal di Amerika Syarikat terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan alkohol selepas didapati meminum hand sanitizer. Ya, ia memang satu perkara yang bahaya dan perlu diberi perhatian lebih.

Namun, janganlah anda menyangka bahawa keracunan alkohol hanya disebabkan anda meminumnya. Dengan menyapunya secara berlebihan juga boleh mendatangkan risiko!

#5. Melemahkan sistem imuniti tubuh badan

Selain yang disebutkan di atas, triclosan yang terdapat dalam cecair pencuci tangan ini boleh melemahkan sistem imunisasi pada tubuh badan yang berfungsi melawan penyakit.

Bagaimana ia berlaku? Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Michigan School of Public Health, triclosan akan menjejaskan sistem imunisasi sekali gus menyebabkan individu lebih mudah mendapat alahan dan lebih terdedah kepada bahaya toksik Bisphenol A, yang biasa ditemui dalam plastik.

Pendek kata, hand sanitizer akan membuat tubuh badan menjadi lemah dan kurang efektif dalam melawan beberapa jenis penyakit.

Kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk mengetahui sama ada ia berkesan dalam melawan penyakit COVID-19.

#6. Ia tidak 100% berkesan

Jelas Aaron E. Glatt yang merupakan Naib Presiden Mercy Medical Center di Amerika Syarikat, penggunaan hand sanitizer mungkin benar dapat membantu membunuh kuman dan bakteria termasuklah virus korona baharu yang terdapat pada tangan kita, namun bukan 100%.

Sebagai contoh, beliau menerangkan bahawa cecair pencuci tangan ini tidak berkesan untuk melawan virus C. difficile, yang boleh menyebabkan keradangan pada kolon yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Hand sanitizer adalah pilihan yang kurang tepat

Hakikatnya, terdapat banyak keburukan hand sanitizer. Jadi, untuk apa merisikokan diri anda dengan terus menggunakan cecair pencuci tangan ini jika anda ada pilihan untuk mencuci tangan menggunakan sabun dan air?

Menurut kajian pada tahun 2000, hand sanitizer dikatakan tidak mampu mengurangkan amaun kuman dan bakteria yang terdapat pada tangan kita malah meningkatkannya! Jadi, bertukarlah kepada sabun dan air okay!

Penggunaan air, sabun atau hand sanitizer untuk mencuci tangan adalah sangat penting ketika penularan virus korona baharu ini kerana ia boleh melekat pada permukaan di persekitaran kita. Sila ambil tahu:

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Akhir kata, bersamalah kita mendoakan agar pandemik COVID-19 ini berakhir dengan lebih cepat agar segalanya boleh menjadi normal seperti dahulu. Apa yang penting, sila duduk diam-diam di rumah. #stayathome

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Alahan makanan dan minuman tertentu boleh membawa maut. Namun ada kajian terbaharu yang kata bakteria dalam perut boleh jadi jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Ada kajian terbaharu yang kata testis lelaki ada bakteria yang akan jejaskan kesuburan! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Sakit mata, dikenali juga sebagai konjunktivitis adalah keradangan atau jangkitan pada membran telus yang melapisi kelopak dan menutupi bahagian mata putih.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

    Nak douching atau meruang ketika hamil? Jika ya, 5 masalah kesihatan selepas meruang ini, mungkin membuatkan anda menimbang semula keputusan itu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    vulva bengkak wanita

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan bakteria

    Ibu, Kalau Anak Demam, Jangan Pandai-pandai Bagi Antibiotik! Ada 17 Risiko Pada Si Manja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/11/2020 . 3 minit bacaan
    bayi baru lahir

    Nak Bawa Baby Baru Lahir Berjalan-jalan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu (Ada Tip Untuk Parents)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
    proses bersalin normal

    Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan