Sawan Epilepsy

Doktor , saya diserang penyakit epilepsy sewaktu saya berumur 27 tahun, permulaan saya berjumpa doktor pakar mereka kata saya ada masalah urat saraf diotak iaitu epilepsy saya selalu akan rasa pening kepala kemudian saya terus diserang sawan dan pengsan. Doktor pakar bahagian neurology , dia kata penyakit saya boleh sembuh sebab saya bukan diserang sejak lahir. Boleh saya tahu perkara yg boleh menyembuhkan penyakit sy ni ?

1
11
1 komen

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Anda dinasihatkan untuk berbincang secara lebih lanjut dengan doktor anda mengenai perkara ini. Secara umum, antara rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit adalah seperti berikut:

  • Ubat anti epileptik. Ubat ini direka khas bagi membantu pesakit mengawal simptom penyakit sawan. Terdapat segelintir pengambil ubat yang bebas sawan sepanjang tempoh selepas mereka mengambilnya. Bagi memastikan ubat ini berkesan, ia perlu diambil mengikut arahan doktor
  • Perangsang saraf vagus. Rawatan ini melibatkan pembedahan minor bagi menempatkan peranti khas untuk merangsang saraf vagus di bawah lapisan kulit dada. Penggunaannya mampu mengawal episod sawan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit
  • Amalan pemakanan ketogenik. Tahukah anda, diet tinggi lemak boleh mengawal simptom sawan. Namun, menurut kajian, individu yang tidak menunjukkan tindak balas positif apabila diberi ubat, mereka boleh menikmati kehidupan bebas sawan dengan diet tinggi lemak dan rendah karbohidrat ini. Cuma, anda kena pastikan lemak yang diambil itu adalah lemak baik seperti ikan salmon, avokado dan sebagainya
  • Pembedahan otak. Sekiranya tiada kaedah berkesan dalam mengawal simptom sawan, dapatkan rujukan daripada pakar untuk penilaian pembedahan. Bergantung kepada jenis epilepsi dan kawasan otak yang terjejas, pesakit boleh jadi sesuai atau tidak menjalani pembedahan tersebut


Baca selanjutnya di:https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/sawan/penyakit-epilepsi-sawan/


1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa
Topics not found