Kentut MS V

How to treat for kentut Miss V?And with whom may i Consultant about it ?

0
1 komen

1 komen

Hi yanthichee43,


Keadaan ini sememangnya dianggap normal dan tidak melibatkan sebarang risiko berkaitan kesihatan. Walaupun begitu, kentut vagina yang melibatkan masalah fistula faraj, perlu diberikan perhatian. Fistula antara faraj dan organ abdominopelvic lain adalah keadaan yang berkaitan dengan kentut vagina yang memerlukan perhatian perubatan.


Seseorang individu wanita itu perlu untuk berbincang dan mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya kentut vagina yang berlaku selepas atau diikuti beberapa perkara seperti berikut:

  • Kelahiran bayi, terutama untuk proses kelahiran yang baru berlaku dan berdepan kesukaran
  • Terapi radiasi yang melibatkan pelvis
  • Pembedahan ginekologi, pelvis atau bahagian abdomen
  • Mengalami kesakitan atau ketidakselesaan
  • Kebocoran air kencing atau peningkatan pelepasan faraj atau keputihan
  • Keluar najis atau sisa lain
  • Mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan
  • Darah
  • Kerengsaan atau pembengkakan pada tisu faraj


Anda pasti pernah dengar senaman kan? Senaman ini amat bagus dan efektif untuk wanita yang ingin ketatkan faraj, yang mengalami masalah faraj kentut dan sebagainya. Selain rujuk doktor pakar, anda boleh cuba kaedah lain untuk menguatkan otot faraj anda:

https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/cara-mengetatkan-faraj/

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa
Topics not found