Kesan sampingan suntikan perancang ataupun STD ?
Hai doktor, saya skrg sedang menggunakan suntikan perancang (depo) utk perancangan keluarga. Drpd suntikan yg pertama sehingga suntikan yg ke-3 sy tidak pernah dtg haid. Bulan 7 ada suntikan sy yg ke-4 tetapi skrg sy mengalami pendarahan selepas bersama suami, dan ianya berterusan sehingga sekarang yg membuatkan saya terfikir bahawa sy haid. Pendarahan ini sudah melebihi 10 hari dan saya risau ianya merupakan penyakit kelamin. Setiap kali bersama dgan suami sy akan merasa sakit dan keesokan harinya ada pendarahan.