backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Patah Tulang

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Patah Tulang?

Fracture ialah terma perubatan untuk tulang patah. Terdapat empat kategori utama kepatahan: berubah tempat, tidak berubah tempat, terbuk dan tertutup.

Kepatahan berubah dan tidak berubah tempat merujuk kepada cara tulang tersebut patah. Dalam patah yang berubah tempat, tulang terpatah kepada dua atau lebih bahagian dan bergerak supaya kedua-dua penghujung tidak bertemu dalam satu garisan lurus. Dalam kepatahan tidak berubah tempat, tulang tersebut retak pada sebahagian atau keseluruhan tulang tetapi berubah dan kekal pada barisan yang betul.

Kepatahan tertutup belaku apabila tulang tersebut patah tetapi tiada luka atau lubang terbuka pada kulit. Kepatahan terbuka berlaku apabila tulang yang patah elalui kulit; ia boleh dimasukkan semula ke dalam luka dan tidak kelihatan melalui kulit. Ini ialah perbezaan utama dengan patah tertutup kerana patah terbuka mempunyai risiko jangkitan tulang dalam.

Terdapat pelbagai jenis kepatahan. Jenis yang lazim ialah:

  • Kepatahan tercabut/terkoyak (Avulsion)– otot atau ligamen menarik tulang, menyebabkan  kepatahan.
  • Kepatahan mengecil (Comminuted) – tulang terbahagi kepada beberapa bahagian.
  • Patah kemampatan (Compression) (menghancurkan) – secara amnya ia berlaku pada tulang berongga dalam tulang belakang. Sebagai contoh, bahagian depan vetebra pada tulang belakang hancur akibat osteoporosis.
  • Kepatahan berubah tempat (dislocation) – sendi berubah tempat, dan salah satu tulang pada sendi terpatah.
  • Kepatahan Greenstick – sebahagian tulang patah pada satu sisi, tetapi tidak patah secara keseluruhan kerana bahagian tulang yang lain boleh dibengkokkan. Biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, kerana tulang mereka lebih lembut dan elastik.
  • Kepatahan garis rambut (Hairline) – sebahagian tulang patah. Jenis kaptahan ini sukar untuk dikesan.
  • Kepatahan hentaman (Impacted)– apabila tulang patah, satu bahagian tulang menekan tulang yang lain.
  • Patah secara panjang (Longitudinal) – kepatahan berlaku pada ukuran panjang tulang.
  • Patah secara serong (Oblique) – patah berlaku secara diagonal pada panjang tulang.
  • Patah patologi – apabila terdapat penyakit atau keadaan yang melemahkan tulang, dan menyebabkan kepatahan (tulang patah akibat penyakit/keadaan yang melemahkan tulang).
  • Patah spiral – kepatahan berlaku sekurang-kurangnya satu bahagian pada tulang berpusing.
  • Patah stress – ia lazim berlaku dalam kalangan atlet. Tulang patah kerana tekanan dan regangan berulang kali.
  • Kepatahan Torus (buckle) – tulang menjadi cacat tetapi tidak retak. Lazim beralku dalam kalangan kanak-kanak. Ianya sakit tetapi stabil.
  • Kepatahan melintang (Transverse) – patah secara lurus melepasi tulang.

Apakah kebarangkalian Patah Tulang?

Kepatahan sangat lazim belaku. Ia boleh terjadi kepada semua individu pada semua peringkat usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Patah Tulang?

Simptom yang lazim untuk kepatahan ialah:

  • Bengkak dan sakit dibahagian kecederaan;
  • Lebam;
  • Kecacatan lengan atau kaki;
  • Sakit pada bahagian cedera yang menjadi semakin teruk apabila bahagian tersebut dialihkan atau diberi tekanan ;
  • Hilang fungsi pada bahagian tercedera;
  • Dalam patah terbuka, tulang terkeluar daripada kulit.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengesyaki berlakunya kepatahan tulang kepada anda atau orang lain. Ini ialah situasi kecemasan perubatan.

Punca

Apakah Punca Patah Tulang?

  • Trauma: jatuh, kemalangan jalan raya, atau disepak semasa bermain bola sepak boleh menyebabkan kepatahan.
  • Osteoporosis: penyakit ini melemahkan tulang dan membuatkan tulang rapuh dan lebih mudah untuk patah.
  • Terlebih guna: gerakan berulang boleh memenatkan otot dan menyebabkan tlang mendapat daya berlebihan. Ini menyebabkan berlakunya kepatahan stres. Kepatahan stres lazim berlaku dalam kalangan atlet.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Patah Tulang?

Risiko anda untuk mendapat kepatahan sebahagiannya bergantung kepada umur anda. Kepatahan tulang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi kepatahan kanak-kanak secara amnya kurang komplikasi berbanding orang dewasa. Semakin meningkat usia, tulang anda menjadi semakin rapuh dan lebih mudah untuk patah akibat jatuh yang tidak berlaku semasa anda muda.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Patah Tulang didiagnosis?

Cara yang paling lazim ialah menilai kepatahan melalui X-ray, ia menyediakan gambaran jelas mengenai tulang anda. Doktor lebih suka menggunakan X-ray untuk mengesahkan diagnosis. X-ray menjelaskan sama ada tulang tersebut masih baik atau telah patah. Ia juga boleh menjelaskan jenis kepatahan dan secara tepat mengenalpasti tempat berlaku kepatahan pada tulang.

Kadang -kadang, X-ray tidak menunjukkan kepatahan. Terutamanya apabila berlaku bersama beberapa kepatahan pergelangan tangan, kepatahan pinggul (orang tua), dan kepatahan stres. Dalam situasi ini, doktor anda akan melakukan ujian lain, seperti imbasan CT 9computed tomography), imbasan magnetik resonan (magnetic resonance imaging, MRI). dalam kes lain, seperti kemungkinan patah pergelangan tangan dengan gambaran X-ray normal, doktor anda akan menggunakan penganduh untuk mengurangkan pergerakan pada bahagian tersebut dan melakukan X-ray kedua selepas 10 ke 14 hari.

Sekali -sekala, walaupun selepas diagnosis kepatahan dibuat, anda mungkin perlu menjalani beberapa ujian lain (seperti imbasan CT, MRI atu angiogram X-ray khas untuk saluran darah) untuk menentukan sama ada tisu disekeliling tulang terjejas atau tidak.

Jika doktor anda mengesyaki kepatahan pada tengkorak kepala, mereka akan meninggalkan X-ray dan terus melakukan imbasan CT, dan akan diagnos kepatahan dan sebarang kecederaan penting berkaitan dalam tengkorak, seperti pendarahan pada otak.

Bagaimana pesakit Patah Tulang dirawat?

Rawatan mengikut satu peraturan asas: bahagian yang patah perlu diletakkan semula pada tempatnya dan elakkan daripada bergerak keluar daripada tempat sehingga ia pulih.

Penghujung tulang yang patah sembuh dengan “berkait” semula antara satu sama lain dengan tulang yang baru disekeliling batas bahagian yang patah.

Pembedahan kadang kala diperlukan untuk merawat kepatahan. Jenis rawatan yang diperlukan bergantung kepada keseriusan patah, sama ada ia terbuka atau tertutup dan tulang khusus yang terjejas.

Doktor menggunakan pelbagai jenis rawatan untuk merawta kepatahan:

  • Cast immobilization: plaster atau kaca gentian ialah rawatan paling lazim digunakan kerana kebanyakan tulang patah boleh sembuh dengan jayanya apabila tulang diletakkan semula pada posisi dan cast digunakan untuk mengekalkan kedudukan penghujung tulang semasa proses pemulihan.
  • Cast fungsi atau Brace: cast atau brace membenarkan pergerakan terhd atau terkawal pada sendi berhampiran. Rawatan ini diperlukan untuk beberapa jenis kepatahan, bukan pada semua jenis kepatahan.
  • Penarikan : penarikan digunakan untuk menjadikan tulang selari dengan lembut, perbuatan menarik secara stabil.
  • Penetapan luaran: operasi ini, pin atau skru metal diletakkan pada tulang yang patah di ata dan di bawah tempat patah. Pin atau skru tersebut dihubungkan dengan bar metal diluar kulit. Alat ini ialah fram untuk menstabilkan yang memegang tulang pada posisi yang betul semasa ia sedang pulih. Dalam kes kulit dan tisu lembut yang lain terjejas teruk, alat ini mungkin digunakan sehingga pembedahan boleh dijalankan.  
  • Penetapan dalaman dan reduksi terbuka: semasa operasi ini dijalankan, fragmen tulang diletakkan semula pada kedudukannya (reduced), dalam barisan normal dan kemudian dipegang bersama skru khas atau lekatkan plat metal pada permukaan luar tulang. Fargmen ini juga mungkin dipegang bersama dengan memasukkan batang melalui ruang sumsum pada bahagia tengah tulang tersebut.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Patah Tulang?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi  fracture:

Jika anda mengalami kepatahan tulang, apabila cast atau penganduh dibuang, anda perlu menggunakan bahagian tersebut semula secara berperingkat. Ia mungkin mengambil masa 4 ke 6 minggu untuk tulang tersebut memperoleh kekuatannya semula. Tanya doktor anda berkaitan jenis dan kekuatan aktiviti yang selamat dilakukan, bergantung kepada kepatahan dan kesihatan anda secara keseluruhan. Berenang secara amnya adalah cara yang baik untuk proses pemulihan dan menguatkan tulang anda.

Diet yang baik juga membantu menguatkan tulang anda. Diet yang kaya dengan kalsium dan vitamin D membantu menguatkan tulang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan