backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Asma Adalah Masalah Pada Sistem Pernafasan Individu, Puncanya Jangkitan & Alahan?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 21/12/2023

Asma Adalah Masalah Pada Sistem Pernafasan Individu, Puncanya Jangkitan & Alahan?

Asma adalah satu keadaan kesihatan yang akan menjejaskan kesihatan saluran pernafasan individu. Jika anda ingin mengtahui lebih lanjut tentangnya kondisi ini, jom teruskan membaca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu penyakit asma?

Asma adalah keadaan di mana aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru anda adalah terhad disebabkan keradangan di salur udara.

Keradangan tersebut menyebabkan otot-otot di sekeliling saluran pernafasan menegang dan mencetuskan beberapa simptom.

Ini adalah keadaan kronik yang mengakibatkan nafas yang berdehit secara berulang-ulang, sesak dada, sesak nafas, dan batuk.

Tidak ada penawar untuk asma, tetapi berita baiknya ia dapat diurus dan dirawat supaya anda dapat menjalani kehidupan yang normal dan sihat.

Apa risiko penyakit asma?

asma adalah

Asma adalah keadaan yang biasa. Dianggarkan 300 juta orang di seluruh dunia menderita sakit asma.

Asma memberi kesan kepada orang dari semua peringkat umur, tetapi ia seringkali bermula pada zaman kanak-kanak.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom

Apa simptom kondisi asma?

Simptom-simptom biasa asma adalah:

Kanak-kanak yang mempunyai asma biasanya mengalami batuk kronik, tetapi gejala lain yang serupa dengan asma pada orang dewasa juga mungkin muncul seperti batuk, berdehit, dan sesak nafas.

Jenis-jenis simptom asma yang anda alami, berapa kerap asma berlaku, dan betapa teruknya ianya berlaku mungkin berubah-ubah mengikut masa. Kadang-kadang simptom yang anda alami hanya menjengkelkan anda.

Pada masa yang lain, simptom-simptomnya pula mungkin cukup menyusahkan sehingga menghadkan rutin harian anda.

Bila saya harus jumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor apabila anda sejurus selepas anda mengalami simptom-simptom asma supaya ianya tidak menjadi teruk.

Simptom yang teruk boleh membawa maut. Sekiranya anda pernah mengalami serangan asma mengancam nyawa, anda perlu berjumpa doktor anda untuk rawatan yang sesuai.

Dengan rawatan yang betul, simptom-simptom asma dapat dielakkan pada waktu siang dan malam.

Jika anak anda mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom biasa ini, buat temujanji dengan doktor:

  • Batuk yang berterusan atau yang menjadi lebih teruk oleh jangkitan virus, berlaku semasa anak anda sedang tidur, atau dicetuskan oleh senaman dan udara yang sejuk
  • Bunyi berdehit atau bunyi bersiul apabila anak anda menghembus nafas
  • Sesak nafas atau pernafasan yang laju, yang mungkin berkaitan dengan senaman
  • Sesak dada (seorang anak kecil mungkin mengatakan bahawa dadanya “sakit” atau “rasa pelik”)
  • Keletihan (anak anda mungkin melambatkan atau berhenti bermain)
  • Masalah menyusu atau mendengus semasa makan (bayi)
  • Mengelakkan sukan atau aktiviti sosial
  • Masalah untuk tidur kerana batuk atau kesukaran bernafas

Punca

asma adalah

Apa punca kondisi asma?

Tiada punca yang diketahui untuk asma. Walau bagaimanapun, ada beberapa faktor pencetus yang boleh membuatkan asma muncul atau bertambah teruk:

  • Alergen dari habuk, bulu binatang, lipas, kulapuk, dan debunga dari pokok, rumput, dan bunga
  • Perengsa seperti asap rokok, pencemaran udara, bahan kimia atau debu di tempat kerja, sebatian dalam produk hiasan rumah, dan semburan (seperti penyembur rambut)
  • Ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat-ubatan anti-radang nonsteroid lain dan penyekat beta tidak memilih
  • Sulfit dalam makanan dan minuman
  • Jangkitan virus saluran nafas atas seperti selesema
  • Aktiviti fizikal, termasuk senaman

Faktor Risiko

Antara faktor risiko asma adalah seperti di bawah

Asma adalah berisiko kepada orang dari semua peringkat umur, tetapi seringkali bermula dari zaman kanak-kanak.

Gabungan faktor genetik dan pendedahan kepada unsur-unsur tertentu dalam alam sekitar meletakkan orang tertentu berisiko paling tinggi untuk mula mengalami serangan asma buat pertama kali.

  • Sejarah keluarga
  • Jangkitan virus saluran nafas
  • Alahan
  • Pendedahan pekerjaan
  • Merokok
  • Pencemaran udara
  • Obesiti

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

asma adalah

Bagaimana penyakit asma didiagnosis?

Asma adalah didiagnosis dengan memeriksa sejarah perubatan dan membuat ujian pernafasan untuk mengukur berapa baik paru-paru anda berfungsi.

Doktor anda akan mendengar pernafasan anda dan mencari tanda-tanda asma atau alahan. Tanda-tanda ini termasuk berdehit, hidung berair atau bengkak laluan nasum, dan keadaan alahan kulit.

Ramai orang yang menghidap asma juga mempunyai alahan, jadi doktor anda mungkin melakukan ujian alergi.

Doktor anda juga mungkin menjalankan beberapa ujian untuk menentukan keadaan anda. Tahap keterukan akan menentukan rawatan asma yang akan anda mulakan.

Bagaimana penyakit asma dirawat?

Buat masa ini, tiada ubat untuk asma, tetapi anda boleh menguruskan simptom-simptom asma dengan mengambil ubat dan mengubah gaya hidup anda.

Ini termasuk mengambil ubat-ubatan anda seperti yang diarahkan, dan belajar untuk mengelak pencetus yang boleh menyebabkan simptom asma anda.

Dengan mengambil ubat yang betul pada masa yang tepat, anda boleh:

  1. Bernafas dengan baik
  2. Melakukan lebih banyak perkara yang anda ingin lakukan
  3. Mempunyai simptom-simptom asma yang kurang

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 21/12/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan