backup og meta

Nak Elak Kulit Kering Sebab Selalu Cuci Tangan? Ada 7 Tip Anda Boleh Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/06/2023

    Nak Elak Kulit Kering Sebab Selalu Cuci Tangan? Ada 7 Tip Anda Boleh Buat!

    Kerap mencuci tangan boleh menyebabkan kulit tangan kering dan keadaan itu pastinya boleh menimbulkan ketidakselesaan, betul tak?

    Jangan risau, Hello Doktor ada 7 cara yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah tersebut.

    Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

    Kerap mencuci tangan

    Ketika penularan wabak COVID-19, pakar kesihatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan setiap individu untuk kerap mencuci tangan.

    Kepentingan mencuci tangan sebenarnya perlu diamalkan bukan sahaja bagi mengekang penularan wabak coronavirus, tetapi ia harus menjadi tabiat yang dilakukan dalam penjagaan kebersihan diri harian.

    Apatah lagi jika anda adalah seorang yang gemar menyentuh muka pada setiap masa.

    Ia boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan virus dan kuman. 

    kerap mencuci tangan

    Walau bagaimanapun, kekerapan mencuci tangan boleh menimbulkan masalah lain, sepertikulit tangan kering.

    Sudah tentu keadaan seperti itu akan menimbulkan ketidakselesaan.

    Jadi adakah terdapat cara bagi mengatasi masalah kulit tangan mengering?

    7 tip elak kulit tangan kering

    Berikut dikongsikan cara-cara yang boleh anda cuba bagi mengatasi atau mengurangkan kecenderungan mengalami masalah kulit tangan kering.

    #1. Basuh dengan air suam

    Menurut Pengarah Dermatologi Pediatrik di Massachusetts General Hospital, Dr. Daniela Kroshinsky, tempoh mencuci tangan terbaik yang disarankan adalah paling kurang 20 saat dengan menggunakan air dan sabun. 

    “Nyanyilah lagu ‘Happy Birthday’ sebanyak 2x. Anda pasti dapat mencuci bahagian telapak tangan, belakang jari, jari, celahan cari, pergelangan tangan serta kuku,” ujar Dr Daniela.

    Penggunaan air suam adalah pilihan terbaik berbanding air panas. Ini kerana air panas cenderung menyebabkan kulit kering.

    #2. Gunakan sabun pelembap jika kerap mencuci tangan

    Kebanyakan sabun yang digunakan boleh menghilangkan kelembapan pada kulit, ia sekali gus menjadikan kulit kering, merekah dan mengelupas. 

    Pakar Kulit dan Pengasas London Premier Laser and Skin Clinics, Lucy Xu, “Penggunaan sabun yang mengandungi pelembap adalah pilihan terbaik.

    Elakkan sabun bar dan pilihanlah sabun dengan kandungan gliserin dan lanolin.”

    Lucy juga menjelaskan tidak kira apa sabun yang digunakan, sebaiknya cuba untuk tidak terlalu agresif ketika mencuci tangan. Apatah lagi jika anda mengejar masa.

    #3. Gunakan pelembap tangan

    kerap mencuci tangan

    Apabila lembapan tidak dapat dikekalkan pada kulit selepas mencuci, ia pastinya akan menjadikan kulit tangan kering. 

    Ketika mencuci tangan, air akan bertindak seperti magnet dan akan menarik keluar air daripada lapisan kulit paling dalam.

    Hasilnya kulit tangan nipis akan menjadi lebih kering. 

    Bagi mengatasinya, anda disarankan untuk menggunakan losyen pelembap selepas mencuci tangan. Penggunaan losyen secara nipis sudah memadai.

    Jadi selalulah menggunakan losyen setiap kali selepas mencuci, sebelum tidur dan pada bila-bila masa anda berasa kering.

    #4. Penggunaan sarung tangan

    Pemakaian sarung tangan dan topeng muka dapat membendung individu yang tidak sihat daripada menyebarkan jangkitan.

    Dalam masa yang sama sarung tangan juga membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Tetapi bagaimana?

    Anda boleh mencuba merendam tangan dengan air selama 5 minit, kemudian sapukan losyen pelembap dan pakailah sarung tangan kapas untuk 1 hingga 2 jam.

    Ia dapat memastikan permukaan tangan akan memperolehi kelembapan yang diperlukan.

    Baca juga:

    #5. Balsam kulit

    Jika anda mempunyai masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis dan mendapati kulit tangan kering akibat kerap mencuci tangan, anda disarankan untuk mengunakan balsam kulit seperti Vaseline dan menyapunya terus kepada bahagian bermasalah.

    Penggunaan balsam kulit dipercayai dapat memberikan ketenangan kepada bahagian bermasalah dan melindunginya daripada menjadi lebih teruk.

    #6. Gel pembersih tangan

    Sekiranya keadaan tangan anda terlalu sakit untuk dibasuh, anda boleh menggunakan gel pembersih tangan sebagai ganti.

    Penggunaan gel pembersih tangan adalah pilihan untuk mengehadkan anda daripada kerap mencuci tangan sehingga keadaan kulit pada tangan kembali pulih.

    Tetapi anda tidak boleh menggunakan gel pembersih dan perlu mencuci tangan untuk melakukan perkara seperti:

    • Sebelum dan selepas makan
    • Selepas ke bilik air
    • Ketika terdapat kotoran yang kelihatan pada tangan seperti tanah

    kerap mencuci tangan

    #7. Tisu kertas

    Jika ingin mengelap, pilihan terbaik adalah untuk menggunakan tisu kertas pakai buang. Ia dapat mengelakkan pindah silang mikro kepada kulit.

    Tetapi jika ingin menggunakan kain pengelap, pastikan setiap isi rumah mempunyai kain pengelap sendiri dan perlu diganti setiap 3 hari sekali.

    Pastikan tangan dilap dan dikeringkan sebaiknya, ini kerana kuman lebih mudah berpindah pada tangan yang basah.

    Menjaga kebersihan tangan & diri

    Bagi membendung penularan wabak COVID-19, penjagaan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan, mengelakkan sentuhan pada muka, pemakaian topeng muka serta penggunaan sarung tangan ketika melakukan sesuatu adalah amat digalakkan. 

    Namun dalam masa yang sama penjagaan kelembapan tangan juga perlu bagi mengelakkan kulit tangan kering akibat kekerapan membersihkan tangan sama ada dengan mencuci atau menggunakan gel pembersihan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan