
Vaksin adalah penyediaan biologi yang meningkatkan imuniti kepada penyakit tertentu. Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisma penyebab penyakit, dan sering dibuat daripada bentuk mikroba yang lemah atau terbunuh, iaitu toksin atau salah satu daripada protein permukaannya. Agen yang merangsang sistem imun tubuh untuk mengenali agen sebagai bendasing, memusnahkannya, dan “mengingati “nya, supaya sistem imun dapat mengenali dan memusnahkan mana-mana mikroorganisma yang dijumpai pada kemudiannya.
Vaksin Malaysia Tiada Bahan Tidak Halal
Berdasarkan laporan Bernama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan vaksin yang digunakan di negara ini tidak mempunyai sebarang elemen tidak halal.
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata setiap vaksin yang dihasilkan telah melalui kajian teliti oleh pakar perubatan berkelayakan menerusi kajian terperinci yang terbukti berkesan kepada penerima khususnya kanak-kanak.
Kilang Vaksin Halal Pertama Bakal Dibina
Kilang vaksin halal pertama di negara ini bakal dibina di Negeri Sembilan tidak lama lagi bagi menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar vaksin utama dunia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata walaupun pembinaan kilang itu akan mengambil masa untuk disiapkan, ia adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap vaksin yang dikeluarkan serta diberikan kepada anak-anak mereka.
Menurutnya, apabila kilang berkenaan siap dan beroperasi kelak, sudah pasti ia dapat meningkatkan pengeluaran vaksin untuk kegunaan dalam negara dan boleh meletakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa sebagai antara negara pengeluar vaksin yang diyakini.
Walau bagaimanapun, Boon Chye berkata, walaupun pembinaan kilang vaksin halal pertama akan dibina, ia tidak bermaksud penggunaan vaksin selama ini tidak berstatus halal.
Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga akan membantu KKM untuk membuat dasar berkenaan suntikan vaksin dan imunisasai dari sudut pandangan fatwa sama ada perlu mewajibkan pengambilannya atau sebaliknya.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga:
- Penularan Pergerakan Anti Vaksin di Malaysia: Sebab dan Akibat
- Penularan Difteria di Malaysia: Kewajipan Vaksin Perlu Dilaksanakan
- 5 Mitos tentang Vaksinasi Kanak-kanak
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.