Nota Pengarang: Bajet Kesihatan 2019 adakah cukup efektif?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Masih tidak terlambat jika Pengarang ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan dalam pembentangan bajet 2019 pada Jumaat lepas. Ucapan bajet yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bukan sekadar mencatat rekod baru peruntukan terbesar kerajaan persekutuan dalam mengurus, mentadbir dan membangunkan negara dengan jumlah keseluruhan bajet sebanyak RM314.6 bilion, malah memperuntukan sebanyak RM29 bilion untuk sektor kesihatan, terbesar untuk sektor itu setakat ini.

Jika dilihat peruntukan bajet kesihatan berbanding bajet keseluruhan persekutuan menampakkan peningkatan yang konsisten sepanjang tahun, iaitu sekitar 7-9 peratus. Ini selaras dengan saranan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang meletakkan penanda aras bajet kesihatan sebanyak 5 peratus berbanding jumlah keseluruhan bajet persekutuan.

Mengulas mengenai bajet kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementerian akan menggunakan peruntukan berkenaan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat khususnya kepada penduduk di kawasan luar bandar dan golongan miskin bandar.

Beliau berkata peruntukan itu, yang meningkat sebanyak 7.8 peratus berbanding RM26.5 bilion dalam Bajet 2018, akan membantu mengubah fokus dalam sektor penjagaan kesihatan iaitu daripada penyembuhan kepada pencegahan.

“Ia juga akan membawa penjagaan kesihatan primer dari hospital kembali kepada komuniti, rumah pesakit dan individu,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Kami percaya bajet kesihatan kali ini merupakan langkah pertama yang sangat positif dalam transformasi sektor kesihatan di Malaysia. Namun begitu, terdapat persoalan bagaimanakah pembiayaannya nanti akan menjadi mampan.

[Baca: Manfaat daripada Pembentangan Bajet 2019 terhadap Sektor Kesihatan]

Komitmen yang dinyatakan kerajaan dapat menyediakan sektor kesihatan dalam menangani isu kesihatan melibatkan golongan berpendapatan B40 terutamanya mengenai cabaran kesihatan di masa hadapan dan penyakit tidak berjangkit (NCDs). Rata-rata pemerhati dan pemegang taruh sektor kesihatan menyuarakan sedikit kebimbangan mengenai dana perlindungan kesihatan bagi golongan B40 dan kurangnya mekanisme pembiayaan dana tersebut.

Begitu juga halnya mengenai pengenalan cukai minuman bergula yang diharap dapat mengawal krisis obesiti yang sedang dihadapi Malaysia. Terdapat cadangan daripada pemegang taruh yang berharap hasil kutipan cukai tersebut disalurkan terus kepada program-program yang dirangka khas bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti diabetes dan kanser.

Sekadar perbandingan, semasa Mesyuarat Yayasan Promosi Kesihatan Antarabangsa yang dianjurkan baru-baru ini di Putrajaya, dinyatakan dana yang disalurkan kepada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia adalah sebanyak RM 5 juta setiap tahun bagi tujuan pendidikan kesihatan kepada umum. Jumlah ini sangatlah kecil berbanding negara jiran Singapura yang membelanjakan USD 700 juta sepanjang 5 tahun ini dan Thailand pula memperuntukkan USD 135 juta setahun bagi tujuan sama.

Ini belum dikira Korea Selatan yang sudah membelanjakan USD 2.6 bilion tahun ini sahaja untuk membiayai program kesedaran dan pendidikan kesihatan. Ternyata, Malaysia lebih memberi peruntukan kepada rawatan namun pencegahan penyakit, amat menyedihkan. Sudah tiba masanya Malaysia mengambil serius mengenai isu pendidikan kesihatan kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Dengan peningkatan peruntukan, ini dapat meningkatkan bekalan ubat-ubatan dan vaksin yang sememangnya satu berita menggembirakan buat pesakit. Tahun-tahun sebelum ini, kekurangan peruntukan telah mengakibatkan kurangnya bekalan ubat-ubatan penting bagi merawat penyakit kronik seperti hipertensi, penyakit jantung dan diabetes.

Kekurangan bekalan ini telah menjejaskan rawatan bagi warga emas, pesara kerajaan dan mereka yang berada dalam golongan B40, malah M40 turut sama terkesan kerana ada di antara mereka yang tidak mempunyai pilihan lain selain bergantung kepada rawatan oleh sektor penjagaan kesihatan awam.

Selain itu, pengumuman kerajaan mengenai saringan kesihatan yang disasarkan kepada hampir sejuta individu berusia 50 tahun ke atas dan dalam golongan B40, juga saringan berlainan kepada golongan wanita adalah amat dialu-alukan. Namun persoalannya, apakah langkah seterusnya, bagaimana mereka dapat menjalani diagnosis dan rawatan, serta apakah intervensi dalam menangani penyakit mereka.

7-tips-seniors-drug-management

Apa yang menjadi kebimbangan ramai adalah bagaimana pengenalan Dana Perlindungan Kesihatan B40 dengan nilai liputan RM 8000 setahun ke atas penyakit-penyakit kritikal, dilihat oleh pakar kesihatan sebagai tidak mencukupi bagi tujuan perlindungan kesihatan terutamanya buat seluruh isirumah yang ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta. Perlindungan ini hanya dilihat sebagai langkah berjaga-jaga di peringkat penjagaan utama (primary care) dan secara beransur mereka akan dirujuk kepada hospital kerajaan. Ini bermakna pesakit akan dikenakan caj rawatan kelas pertama sepertimana tertakluk di bawah Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

Kadar yang dikenakan adalah sangat tinggi jika seseorang pesakit dirujuk daripada hospital swasta ke hospital kerajaan, melainkan perintah tersebut dipinda, jika tidak ia hanya akan membebankan lagi pesakit. Akhirnya, adalah lebih baik golongan B40 tidak menyertai skim perlindungan tersebut dan meneruskan rawatan di hospital kerajaan sepertimana yang dilakukan oleh mereka sekarang.

Mengulas mengenai skim perlindungan B40 tersebut, Azrul Mohd Khalib, Ketua Eksekutif, Galen Centre for Health and Social Policy berkata, “Sebenarnya ramai yang ternanti-nanti pengumuman mengenai perkembangan solusi pembiayaan kesihatan jangka panjang seperti skim insurans kesihatan untuk semua rakyat Malaysia. Demi memastikan sistem kesihatan Malaysia berupaya memberikan kualiti perkhidmatan terbaik, berpatutan dan mampan untuk menangani cabaran serta pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCDs), kerajaan harus menunjukkan kesungguhan dan komitmen untuk melabur dalam pendekatan yang lebih efektif. Malangnya, ia tidak berlaku dalam bajet kali ini.”

Di sebalik persoalan-persoalan yang diutarakan oleh pemegang taruh dalam sektor penjagaan kesihatan awam di Malaysia, kami di Hello Doktor menyifatkan kerajaan harus diberi peluang untuk melaksanakan program yang termaktub dalam bajet kesihatan kali ini. Kami dan pemegang taruh yang lain akan terus memerhati, menegur dan memberi saranan agar pelaburan kerajaan dalam sektor kesihatan awam membuahkan hasil yang positif.

Pengarang, Hello Doktor

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Azam Tahun Baru Melibatkan Kesihatan, Takkan Berjaya?

    “Apa azam tahun baru anda?" Ada yang mengatakan resolusi tahun baru berkaitan kesihatan sekadar hangat-hangat tahi ayam, betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 27/12/2019 . 4 minit bacaan

    Salah Diagnosis Diri Dengan Penyakit Kronik Kerana Percayakan Dr.Google

    Kalau kita nak tahu tentang sesuatu, sure pilihan utama adalah search dekat Google, bukan? Tapi boleh percaya ke kalau tanya Dr.Google ni?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/11/2019 . 2 minit bacaan

    Ingin Jadi Lebih Sihat Dalam Masa 30 Hari? Cuba Teknik Ini!

    Percaya tak kalau ada yang kata anda boleh ubah tahap kesihatan dalam tempoh 30 hari? Tak percaya? Haaa...jom ikuti perkongsian artikel Hello Doktor ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 11/11/2019 . 2 minit bacaan

    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Seorang remaja dari Thailand telah ditemui mati di biliknya selepas bermain permainan video sepanjang semalam ketika musim cuti sekolah. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    bipolar

    Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan
    kesihatan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 30/12/2019 . 4 minit bacaan