Mengejutkan! Ini Rupanya Punca Fahaman Anti Vaksin Semakin Kuat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Baru-baru ini, World Health Organization (WHO) telah mengeluarkan statistik yang menunjukkan jumlah kes penyakit demam campak di seluruh dunia telah meningkat sebanyak 50% daripada tahun sebelumnya. Menurut Katherine O’Brien yang merupakan pengarah imunisasi dan vaksin WHO, peningkatan kes demam campak ini berlaku secara mendadak dan mengejut. Menurut beliau lagi, ini berkemungkinan besar disebabkan oleh penularan pergerakan anti vaksin yang semakin giat di seluruh dunia.

Kini, golongan individu yang tidak percaya akan vaksin sudah semakin ramai. Lebih mengejutkan, ada ibu bapa yang sanggup bertindak menghalang pihak sekolah untuk memberikan vaksin kepada anak mereka dan ini sekali gus akan mengakibatkan penurunan kadar vaksinasi. Sebenarnya, perbuatan semberono mereka inilah yang akan menyumbang kepada peningkatan kadar penyakit berlaku pada individu. Persoalannya, apakah yang menyebabkan fahaman anti vaksin ini semakin kuat?

Apa punca individu menjadi anti vaksin?

Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh Florian Justwan dan rakan-rakan dari University of Idaho, USA dan diterbitkan oleh jurnal PLOS ONE, isu kepercayaan terhadap vaksin itu sendiri adalah punca utamanya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan maklum balas daripada 1,006 responden yang tinggal di Amerika Syarikat secara dalam talian. 

Soal selidik ini mula dijalankan pada tahun 2017, ekoran daripada penularan penyakit demam campak di sekitar benua Amerika pada tahun 2016. Antara soalan dalam soal selidik ini adalah berkaitan demografi, pegangan politik serta kepercayaan terhadap vaksin. Berdasarkan jawapan responden yang diterima, kebanyakan mereka sedikit cenderung kepada anti vaksin.

Berdasarkan kajian ini, para pengkaji menyimpulkan bahawa penyebaran penyakit demam campak di benua itu baru-baru ini tidak terlalu menjejaskan kepercayaan responden terhadap vaksinasi. Sebaliknya, mereka mendapati bahawa kepercayaan ini menjadi semakin terjejas akibat daripada ketidakpercayaan terhadap golongan doktor atau pakar perubatan kerajaan mereka sendiri.

Lebih mengejutkan, kepercayaan responden terhadap vaksinasi sebenarnya juga terjejas akibat daripada pandangan skeptikal terhadap institusi seperti Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan pelbagai lagi institusi kesihatan lain. Selain itu, kepercayaan ini juga dipengaruhi oleh jarak tempat tinggal mereka dengan kawasan yang dilanda wabak demam campak di benua itu.

“Menerusi kajian ini, kami mendapati bahawa kepercayaan individu terhadap vaksinasi sebenarnya sangat berkaitan dengan jarak tempat tinggal mereka dengan penyebaran penyakit demam campak di benua Amerika baru-baru ini. Selain itu, pandangan skeptikal individu terhadap doktor atau pakar perubatan kerajaan dan institusi-institusi perubatan antarabangsa seperti CDC dan WHO sangat-sangat mempengaruhi keputusan mereka untuk menjadi seorang anti vaksin”, kata Justwan.

Konklusi

Konklusinya, punca fahaman anti vaksin semakin kuat adalah disebabkan oleh ketidakpercayaan individu itu sendiri terhadap doktor atau pakar perubatan negara masing-masing dan pandangan skeptikal terhadap institusi-institusi perubatan antarabangsa seperti CDC dan WHO. Dalam pada itu, terdapat satu lagi punca yang juga agak berbahaya iaitu media sosial. Ini kerana penularan pergerakan anti vaksin ini bermula dengan medium media sosial yang boleh diakses dengan mudah oleh semua individu.

Jadi, kita sebagai individu yang prihatin terhadap tahap kesihatan penduduk negara kita perlu memainkan peranan dengan memahami sebenar-benarnya apa itu vaksin dan tidak menyebarkan fahaman yang salah mengenai vaksinasi. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

    Universiti Oxford telah menghasilkan berjuta produk vaksin eksperimental walaupun ia belum terbukti berkesan. Ia bagi menghadapi wabak COVID-19 yang parah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Pasti anda ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan? Berikut 7 jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 29/04/2020 . 4 minit bacaan

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Tidak ramai yang sedar akan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak. Artikel ini melampirkan 8 soalan lazim berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    anak sakit

    Tunda Vaksinasi Si Kecil Semasa COVID-19 Bukan Idea Yang Bijak! Ikut Panduan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin corona

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan