Manfaat Kesihatan yang Bakal Diperoleh Mengatasi Kos Diperlukan Untuk Mengurangkan Perubahan Iklim

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Mencapai matlamat yang digariskan dalam Perjanjian Paris (persetujuan antara semua negara PBB untuk menangani perubahan iklim) boleh menyelamatkan sekitar 1 juta nyawa setahun di seluruh dunia menjelang tahun 2050 hanya melalui pengurangan pencemaran udara sahaja. Anggaran terbaru yang dibuat oleh pakar terkemuka menjangkakan nilai manfaat kesihatan yang boleh diperoleh adalah sekitar 2 kali ganda dari kos yang diperlukan untuk melaksanakan polisi menangani perubahan iklim di peringkat global. Nilai ini mungkin lebih tinggi di negara seperti China dan India.

Laporan Perubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang dibentangkan hari ini di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP24) di Katowice, Poland menegaskan mengapa pertimbangan kesihatan adalah sangat penting dan menggariskan cadangan utama bagi penggubal dasar.

Pencemaran udara menyebabkan 7 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun dan mendatangkan kerugian sekitar USD 5.11 trilion di peringkat global. Dalam kalangan 15 negara yang melepaskan gas rumah hijau paling tinggi, impak kesihatan dari pencemaran udara dianggarkan menelan belanja lebih 4% dari KDNK negara terbabit. Matlamat yang diletakkan oleh Perjanjian Paris ialah sekitar 1% KDNK global.

“Perjanjian Paris mungkin merupakan perjanjian kesihatan paling penting abad ini,” kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO. “Bukti bahawa perubahan iklim memberikan ancaman kesihatan yang serius terhadap manusia adalah jelas. Ia mengancam keperluan asas yang kita perlukan untuk kesihatan yang baik – udara dan air bersih, bekalan makanan berkhasiat, dan tempat berteduh yang selamat – dan akan menjejaskan perkembangan kesihatan global dari usaha selama berdekad. Kita tidak boleh bertangguh lagi dalam mengambil langkah.”

Punca utama kepada perubahan iklim ialah pembakaran bahan api yang juga merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara.

Bertukar kepada tenaga rendah karbon bukan sahaja akan meningkatkan kualiti udara tetapi juga memberikan ruang kepada manfaat kesihatan secara langsung. Sebagai contoh, memperkenalkan pengangkutan aktif seperti berbasikal membantu meningkatkan aktiviti fizikal dan boleh mencegah penyakit seperti diabetes, kanser, dan penyakit jantung.

COP-24 Special Report: health and climate change oleh WHO menyediakan cadangan untuk kerajaan memaksimakan manfaat kesihatan dari pengurangan perubahan iklim serta mengelakkan impak kesihatan dari cabaran global ini.

Laporan tersebut menyeru semua negara untuk mengambil kira faktor kesihatan dalam semua analisa terhadap perubahan iklim. Ia juga menyarankan agar negara menggunakan insentif fiskal seperti cukai karbon (carbon pricing) dan subsidi tenaga kepada sektor berkaitan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pencemaran udara.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Betul Ke Udara Boleh Meningkatkan Risiko Skizofrenia?

    Adakah benar udara yang kita hirup ini boleh menjadi antara punca meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit mental kronik, skizofrenia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/01/2020 . 4 minit bacaan

    Bahaya Fenomena Hujan Asid, Ia Boleh Sebabkan Individu Alami Radang Paru-paru?

    Tahukah anda bahawa hujan asid akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan persekitaran kita? Klik artikel untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 21/01/2020 . 3 minit bacaan

    Basmi Pencemaran Udara Secara Semula Jadi

    Kajian menunjukkan bahawa penanaman pokok pada kawasan yang berdekatan dengan kilang dapat membasmi pencemaran udara. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Antarabangsa 12/12/2019 . 2 minit bacaan

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Jika anda adalah salah seorang yang sering bersenam di luar rumah, anda perlu tahu bahawa rambut mudah gugur kerana ia berkaitan dengan udara luar tersebut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan/Keguguran Rambut 21/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu sepsis

    Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    persekitaran-dan-tahap-kesihatan-manusia

    Nak Keluarga Sihat & Bahagia? Jaga 5 Aspek Persekitaran Penting Ini: Hari Alam Sekitar Sedunia -5 Jun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan
    isytihar darurat

    Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/01/2020 . 4 minit bacaan