Sistem Kesihatan Global, Inilah Cabaran & Realitinya…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Dalam mengejar kemajuan sistem kesihatan global, pastinya manusia akan berdepan dengan cabaran untuk menjaga kesihatan diri. Teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Perkembangan sistem kesihatan global

Menurut laporan World Economic Forum (WEF), jumlah penduduk dunia akan mencecah hampir 9.7 bilion menjelang tahun 2050. Seiring dengan perkembangan semasa, kemajuan teknologi akan turut mempengaruhi sistem penyediaan kesihatan.

Tetapi adakah kita terfikir mengenai keberkesanannya dalam penyampaian capaian penuh terhadap kemudahan khidmat kesihatan secara menyeluruh?

Terutamanya kepada penduduk-penduduk yang mengalami kesukaran seperti faktor geografi, logistik, ketersediaan fasiliti mahupun di negara-negara kurang membangun.

Ini merupakan satu cabaran dalam memastikan sistem kesihatan lebih efisien pada tahun-tahun mendatang.

Sistem kesihatan secara global adalah satu pelan melibatkan pelbagai pihak samada secara individu mahupun organisasi yang bertujuan mempromosi, mengembalikan dan mengekalkan kesihatan.

Secara umumnya, pihak yang terlibat dalam sistem ini  terdiri daripada menteri-menteri kesihatan daripada seluruh negara dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Tetapi penyertaanya bertambah aktif dengan penglibatan komuniti seperti persatuan dan badan bukan kerajaan yang lain.

Sistem kesihatan global akan memberikan perhatian terhadap pencegahan dan pengawalan penyakit, khidmat kesihatan berkualiti dan lengkap, capaian terhadap khidmat kesihatan secara saksama serta penyediaan khidmat kesihatan selamat kepada semua pihak.

Cabaran menjaga kesihatan diri vs sistem kesihatan global

Cabaran 1: Perubahan iklim dan kemudaratan kesihatan

Perubahan iklim menjadi satu cabaran bagi tahap kesihatan secara global memandangkan ianya memberi kesan terhadap kekerapan berlakunya penyakit berjangkit.

Jangkitan dalam kalangan manusia disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pendedahan terhadap sumber air  telah tercemar akibat pelupusan sisa yang tidak sanitasi.

Air hujan akan mempengaruhi penyebaran agen penyakit berjangkit manakala suhu akan mempengaruhi pertumbuhan dan kadar survival mikroorganisma tersebut. 

Proses urbaniasi menyumbang kepada peningkatan kes kolera yang berpunca daripada pengurusan sanitasi  tidak teratur dan pencemaran sumber air.

Fenomena pemanasan air laut juga akan menyumbang kepada percambahan sejenis alga dinoflagellates berwarna merah, yang mengurangkan kandungan oksigen dalam air laut dan mengeluarkan toksik menyebabkan penyakit kepada manusia dan haiwan.

cabaran menjaga kesihatan diri

Cabaran 2: Dominasi Ekonomi Kesihatan dan Ekploitasi Komoditi

Penguasaan atau dominasi pihak industri juga memberi cabaran.

Ketersediaan ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit kronik amat membimbangkan di negara-negara berpendapatan sederhana dan rendah.

Eksploitasi komoditi seperti penanaman tembakau untuk penghasilan rokok juga memainkan peranan sebagai antara cabaran utama kesihatan global.

Syarikat-syarikat pengeluar rokok bersaing sesama mereka dalam pasaran rokok yang menyasarkan kumpulan umur antara 13 hingga 18 tahun selain memfokuskan pasaran terhadap orang dewasa.

Cabaran 3: Komitmen kerajaan dan keberkesanan dasar awam mengenai kesihatan

Dasar yang kurang berkesan dan tidak berfokus juga memainkan peranan sebagai antara salah satu cabaran terhadap kesihatan global. Ia termasuklah penyediaan dana yang mencukupi dalam peruntukan tahunan kerajaan untuk sektor kesihatan.

Tanpa dana mencukupi, segala perancangan dan program penjagaan kesihatan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan seterusnya menjejaskan capaian kepada khidmat kesihatan lengkap.

Di Malaysia melalui pembentangan Bajet 2019, kerajaan bersetuju memperuntukkan dana sebanyak hampir RM 29 bilion untuk penyediaan perkhidmatan kesihatan.

Ini termasuklah bagi membaik pulih klinik dan hospital serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan kesihatan.

Cabaran 4: Kurangnya kefahaman dan penyaluran maklumat tidak tepat mengenai kesihatan

Penyebaran berita palsu dan mengelirukan juga merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi dalam menyampaikan maklumat yang benar berkenaan perkhidmatan kesihatan.

Dengan perkembangan pesat media sosial di seluruh dunia, terdapat keraguan dalam menentukan kesahihan sesebuah maklumat atau berita yang disebarkan tanpa henti oleh anggota masyarakat.

Menjadi kebiasaan bagi sesetengah golongan yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat-maklumat yang salah serta mengelirukan dengan tujuan untuk medatangkan kekacauan.

Bagi anggota komuniti pula, mereka lebih cenderung untuk terus menyebarkan berita-berita palsu yang diterima tanpa mengambil langkah menyelidiki kesahihan sesuatu maklumat atas faktor ketakutan yang tidak berasas.

sistem kesihatan global

Cabaran 5: Senario politik global dan order dunia baru

Senario politik seperti konflik bersenjata dan krisis kemanusiaan menyumbang kepada keberkesanan sistem kesihatan global. Peperangan menyukarkan penduduk di sesuatu kawasan untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Akibat peperangan yang berlaku, telah memaksa mereka yang terselamat untuk berpindah dan berhijrah ke negara lain untuk menyelamatkan diri.

Status mereka sebagai pelarian telah menambahkan kesukaran untuk mendapatkan khidmat kesihatan di negara lain memandangkan terdapat polisi layanan kesihatan yang berbeza terhadap mereka.

Kesimpulan

Cabaran semasa dan mendatang sentiasa memicu idea dan buah fikiran untuk mencari kepelbagaian solusi dalam memastikan kesihatan global secara inklusif dapat dicapai.

Kebersamaan pelbagai pihak samada daripada sektor awam mahupun swasta perlu diperkuatkan setiap masa untuk memastikan keberkesanan sistem kesihatan global terhadap golongan sasaran dapat dicapai.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

Kesihatan awam di dunia berada pada tahap membimbangkan pada tahun 2020 ini. Berikut merupakan 4 isu paling utama yang kita semua perlu fokus!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Antarabangsa 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

Ketahuilah bahawasanya perubahan mood tidak bermaksud seseorang itu bipolar. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/01/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sup tulang

Ini Kebaikan Bone Broth Pada Si Kecil, Bolehlah Ibu Campurkan Ke Dalam Makanan Anak Nanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
ujian saringan kesihatan

Dah Nak Masuk ‘3 Series’? Lakukan 7 Ujian Kesihatan Ini, Buat Sebelum Terlambat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
bencana alam

Bencana Alam Bukan Saja Musnahkan Alam & Harta Benda, Malah Juga Kesihatan, Jaga-jaga, Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
cara bersihkan jamban

Tak Selera Nak Lepas Hajat Sebab Bilik Air Kuning & Kotor? Ini 5 Cara Untuk Bersihkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan