home
Muhammad Wa'iz

Muhammad Wa'iz

Di Hello Doktor, Wa’iz yang juga graduan Ijazah Sarjana Kerja Sosial dari Universiti Sains Malaysia ini banyak menulis artikel tentang kesihatan mental. Ini memandangkan kajiannya di peringkat Sarjana berkaitan dengan bidang tersebut. Seorang yang begitu passionate dalam setiap kerja yang dihasilkan, anak muda ini pernah menerima biasiswa penuh Geran Akademik 1MDB-JAKIM semasa pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sejak kecil, Wa’iz mempunyai minat yang mendalam berkenaan bidang politik, sejarah dan hubungan antarabangsa. Tidak hairanlah jika di waktu lapang dia gemar meluangkan masa dengan membaca buku ilmiah dan berkunjung ke muzium.