Alatan Ukur Kesihatan

Berikut adalah alatan ukuran kesihatan atau lebih tepat lagi, kalkulator kesihatan yang boleh digunakan untuk mengukur indeks jisim badan (BMI), kadar metabolisme asas (BMR), kitaran kesuburan, kadar alkohol dalam darah, kadar jantung sasaran, perbelanjaan merokok, tahap kesihatan si manja melalui najisnya dan berat badan ideal ketika kehamilan. 

 

Hello Doktor ada menyediakan kalkulator BMI online. Kalkulator BMI ini boleh digunakan untuk mengenal pasti sama ada anda berada dalam lingkungan yang sihat, kurang sihat atau tidak sihat dengan membandingkan tinggi dan berat badan anda yang terkini. 

 

Sementara itu, kalkulator BMR boleh digunakan untuk menentukan amaun kalori yang ideal untuk anda agar tubuh badan anda mampu terus berfungsi dengan baik, sekali gus membolehkan anda melakukan aktiviti harian seperti bersenam dan bekerja. Cara menggunakannya adalah mudah sahaja. Hanya masukkan informasi penting seperti jantina, umur, tinggi dan berat badan terkini serta tahap aktiviti seharian anda.

 

Kalkulator tambah berat badan ketika hamil juga disediakan di sini. Ia boleh membantu anda menentukan berat badan ideal yang perlu anda tambah semasa mengandung untuk tujuan pertumbuhan dan perkembangan si manja dalam perut. Cara ia berfungsi adalah membandingkan berat badan anda dengan tinggi sebelum hamil dan minggu kehamilan anda.

 

Tambahan lagi, terdapat juga kalkulator kesihatan yang boleh mengukur proses ovulasi anda iaitu kalkulator kesuburan. Ia boleh membantu anda mengenal pasti hari ovulasi anda yang seterusnya, hari permulaan kitaran haid anda serta hari anda perlu mengambil ujian kehamilan.

 

Hello Doktor juga menyediakan kalkulator perbelanjaan merokok yang membolehkan perokok menjejak dan mengira kembali wang yang telah dibelanjakan untuk merokok sebelum ini. Tujuannya supaya mereka sedar dan berusaha untuk berhenti merokok apabila melihat angka-angka yang telah mereka bazirkan selama ini dan kesan merokok terhadap kesihatan. 

 

Kalkulator kandungan alkohol dalam darah dan kalkulator kadar jantung sasaran juga boleh digunakan untuk menentukan kadar alkohol dalam sistem darah anda, dan kadar kekerapan jantung anda berdenyut selama satu minit berdasarkan intensiti latihan senaman anda. Panduan bergambar mengenai najis bayi juga disediakan oleh Hello Doktor yang membolehkan ibu bapa mengenal pasti tahap kesihatan si manja mereka melalui tekstur, warna dan bau najis sebagai rujukan.

 

Pun begitu, Hello Doktor tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.