backup og meta

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Arteri Pulmonari Didiagnosis?

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin · Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 27/09/2021

    Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Arteri Pulmonari Didiagnosis?

    Tekanan Darah Tinggi Arteri Pulmonari (PAH) merupakan sejenis tekanan darah tinggi yang sangat jarang berlaku tetapi serius. Sukar untuk mendiagnosis walaupun keadaannya berlanjutan kerana simptom- simptom yang ditunjukkan sama dengan penyakit jantung dan paru-paru yang lain. Walaupun untuk adalah sukar untuk membezakan antara PAH dan penyakit lain, namun terdapat pelbagai ujian dan alat yang dapat membantu doktor membuat diagnosis yang tepat.

    Apakah itu tekanan darah tinggi arteri pulmonari (PAH)?

    PAH merupakan sejenis tekanan darah tinggi yang memberi kesan kepada arteri paru-paru, serta bahagian kanan jantung anda. Arteri pulmonari dan kapilari mengalirkan darah dari jantung ke paru-paru. Sekiranya arteri paru-paru sempit atau disekat, ia boleh meningkatkan tekanan darah di dalamnya, sehingga melemahkan arteri pulmonari dan bahagian kanan jantung. Perkara ini akan menyebabkan kegagalan jantung serta kematian.

    Bagaimanakah penyakit ini didiagnosis?

    Untuk mendiagnosis PAH, doktor akan menilai faktor risiko peribadi yang berkaitan dengan keadaan ini. Faktor-faktor risiko termasuk penyakit jantung, skleroderma, HIV dan sejarah keluarga.

    Terdapat beberapa cara untuk membantu mendiagnosis dengan tepat:

    • Ekokardiogram. Ekokardiogram dapat membantu mendiagnosis beberapa masalah jantung termasuk PAH. Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk mencipta imej jantung yang bergerak, dan dapat  membantu doktor anda melihat sama ada bahagian jantung anda telah menjadi besar atau tidak berdegup dengan betul. Doktor juga akan menggunakan cara ini untuk mengukur tekanan darah di arteri pulmonari. Bagi sesetengah kes, senaman ekokardiogram akan disyorkan bagi menentukan keadaan jantung dan paru-paru bekerja di bawah tekanan. Pesakit akan menjalani ekokardiogram sebelum dan selepas bersenam dengan menggunakan basikal atau treadmil.
    • Elektrokardiogram (EKG). Ujian yang bukan invasif membantu menentukan fungsi elektrik jantung. Cara ini akan menunjukkan pola elektrik jantung dan mengesan degupan yang tidak normal. Doktor juga boleh melihat tanda-tanda pembesaran atau ketegangan di dalam ventrikel kanan.
    • Pengkateteran jantung kanan. Selepas anda menjalani EKG, anda akan menjalani pengkateteran jantung sekiranya doktor suspek anda mengalami tekanan darah tinggi pulmonari. Semasa prosedur, tiub fleksibel yang nipis akan dimasukkan ke dalam vena di leher atau pangkal paha, yang membolehkan doktor mengukur secara langsung tekanan di arteri paru-paru utama dan ventrikel kanan.
    • X- ray dada. X-ray dada boleh menunjukkan imej jantung, paru-paru, dan dada. Ujian ini boleh menunjukkan bahagian jantung atau arteri pulmonari yang besar, yang mungkin berlaku dalam tekanan darah tinggi pulmonari. Walaupun ujian imej ini tidak selalu memberikan maklumat yang cukup untuk mendiagnosis PAH, ia boleh digunakan untuk mengenal pasti keadaan lain yang mungkin menyebabkan tekanan darah tinggi pulmonari.
    • Ujian darah. Ujian darah membantu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang berkaitan dengan PAH. Lalu membantu mereka untuk menolak kemungkinan sebab-sebab yang lain.
    • Pengimbas CT. Semasa imbasan CT dijalankan, pesakit akan berbaring di atas meja di dalam mesin yang berbentuk donat. Imbasan CT menunjukkan gambar lapisan demi lapisan organ anda, yang membolehkan doktor anda memeriksa arteri yang sempit, rosak atau tersumbat.

    Sebaik sahaja tekanan darah tinggi pulmonari didiagnosis, doktor anda akan mengklasifikasikan keterukan keadaan penyakit anda ke dalam salah satu kelas ini:

    • Kelas 1 : tiada simptom ditunjukkan.
    • Kelas 2 : tiada simptom ketika rehat. Tetapi menghadapi sesak nafas, lemah atau sakit dada dengan aktiviti biasa.
    • Kelas 3 : Selesa dalam keadaan rehat, tetapi mempunyai simptom apabila melakukan aktiviti fizikal.
    • Kelas 4 : mempunyai simptom walaupun dalam keadaan rehat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

    Kardiologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan