Mungkin ramai yang belum tahu apa itu urtikaria bukan? Adakah ia satu masalah kulit yang biasa atau bahaya? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Mungkin ramai yang belum tahu apa itu urtikaria bukan? Adakah ia satu masalah kulit yang biasa atau bahaya? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Apa itu urtikaria atau gegata ialah keadaan kulit yang mempunyai ruam yang gatal dan timbul, berlaku pada satu bahagian badan atau merebak ke kawasan lain yang lebih besar.
Ia tidak dikatakan sebagai penyakit berbahaya, tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan semasa tidur atau kadang kala sepanjang hari.
Gegata ialah penyakit lazim. Ia biasanya dihidapi oleh wanita berbanding lelaki. Ia boleh juga memberi kesan kepada pesakit pada semua peringkat usia.
Ianya boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Urtikaria akut juga dikenali sebagai urtikaria jangka masa pendek, ialah keadaan yang biasa. Ia menjejaskan sekitar satu daripada lima individu pada beberapa keadaan dalam hidup mereka.
Urtikari kronik, atau urtikaria jangka masa panjang, ialah keadaan kurang lazim.
Urtikaria biasanya dihidapi oleh kanak-kanak, wanita berusia 30 sehingga 60 tahun dan individu yang mempunyai sejarah alahan.
Apa simptom urtikaria yang biasa berlaku? Ia adalah seperti berikut:
Simptom-simptom ini muncul semula dengan kerap dan tanpa dijangka, kadang kala untuk beberapa bulan atau tahun.
Terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai persoalan berkaitan apa simptom urtikaria yang anda alami.
Anda perlu berjumpa doktor anda sekiranya penyakit ini:
Anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan sekiranya anda:
Histamin dan bahan kimia lain, dirembeskan didalam saluran darah oleh beberapa jenis sel, berkemungkinan menyebabkan urtikaria.
Terdapat pelbagai faktor risiko untuk apa itu urtikaria, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Gegata boleh didiagnosis awal dengan menggunakan pemeriksaan fizikal dan beberapa soalan mengikut kepakaran anda.
Anda mungkin diminta untuk menulis aktiviti harian, ubatan, penggunaan herba atau suplemen, apa yang anda makan dan minum, di mana urtikaria muncul dan berapa lama tempoh yang diambil untuk jalur kulit (welt) tersebut pudar.
Untuk pengesahan, ujian darah dan ujian alahan juga boleh dilakukan.
Urtikaria kebiasaanya tidak memerlukan rawatan sehingga ia berlarutan untuk beberapa hari.
Dalam beberapa kes, antihistamin boleh digunakan untuk meredakan ketidakselesaan dan tablet steroid (oral corticosteroid) kadang kala digunakan dalam jangka masa yang pendek untuk merawat kes gegata yang teruk.
Adalah penting merawat urtikaria dengan merawat faktor penyebab kepada simptom anda untuk mengawal penyakit ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentan apa itu urtikaria, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen