backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)?

Terdapat dua bahagian utama pada paru-paru anda: tiub brionkial (juga dipanggil laluan udara) dan alveoli (juga dipanggil kantung udara). Selain itu, terdapat juga trakea (atau paip angin). Apabila anda menarik nafas, udara bergerak dari paip angin anda melalui tiub bronkial menuju ke alveoli. Dari alveoli, oksigen masuk ke dalam darah anda dan karbon monoksida keluar dari darah.

Penyakit pulmonari obstruktif kronik atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD) merujuk kepada satu kumpulan penyakit yang menyebabkan masalah pada saluran udara dengan menghalang tiub bronkial atau menyebabkan kecederaan pada mana-mana bahagian paru-paru. Pesakit COPD kebiasaannya berasa sangat susah untuk bernafas. COPD merangkumi dua penyakit utama tetapi kebanyakan pesakit mengalami kedua-duanya.

  • Bronkitis kronik: Bronkitis ialah keradangan pada lapisan tiub bronkial. Lapisan tersebut menjadi merah, bengkak dan dipenuhi dengan lendir. Lendir ini menghalang tiub anda dan menyukarkan pernafasan.
  • Emfisema: Emfisema secara beransur-ansur merosakkan kantung udara (alveoli) di dalam paru-paru anda dan membuatkan anda semakin susah untuk bernafas. Anda kehilangan alveoli di dalam paru-paru. Hal ini membuatkan anda susah untuk mendapatkan oksigen dan mengeluarkan karbon monoksida dari darah. Ia juga membuatkan anda susah untuk menghembus nafas.

Apakah kebarangkalian Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)?

COPD  paling kerap berlaku kepada orang yang merokok.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)?

COPD mengesani sistem respiratori. Maka anda akan mengalami sesak nafas dengan kerap. COPD boleh menyebabkan pelbagai simptom, antaranya:

  • Batuk kronik (jangka masa panjang);
  • Batuk lendir, samada warna jernih, kelabu kekuningan atau hijau. Jarang-jarang sekali ia mungkin bercampur dengan darah;
  • Lebih kerap mendapat jangkitan respiratori (seperti demam);
  • Sesak nafas terutamanya ketika aktiviti fizikal;
  • Dada terasa sempit;
  • Nafas berbunyi (wheezing;
  • Penat;
  • Demam ringan dan menggigil.

Pada awalnya, anda mungkin tidak mengalami apa-apa simptom. Tetapi COPD ialah penyakit yang progresif dimana simptom akan bermula perlahan dan menjadi semakin teruk dari masa ke semasa. Simptom-simptom COPD berlaku dalam tempoh banyak tahun. Akhirnya, simptom tersebut mula memberi kesan kepada kadar aktiviti dan kualiti hidup anda. Sebahagian simptom memerlukan rawatan di hospital. Anda harus mendapatkan penjagaan kecemasan jika anda mengalami masalah berikut:

  • Anda menghadapi masalah untuk bernafas atau bercakap.
  • Bibir dan jari kuku anda bertukar ke warna biru atau kelabu (ini adalah tanda kadar oksigen yang rendah dalam darah).
  • Anda tidak sedar.
  • Degupan jantung anda sangat laju.
  • Rawatan yang disyorkan untuk simptom-simptom anda yang semakin teruk tidak berhasil.

Bila saya harus berjumpa doktor?

COPD paling kerap berlaku kepada mereka yang merokok dengan banyak dan berumur lebih 65 tahun. Walaubagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan risiko COPD. Berhenti merokok ialah cara yang paling berkesan untuk mencegah COPD.

Punca

Apakah Punca Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)?

Apakah yang mengakibatkan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)?

COPD adalah disebabkan kecederaan pada paru-paru. Kecederaan jenis ini kebiasaannya berlaku apabila anda selalu menghirup bahan merengsa dalam tempoh yang lama. Bahan merengsa yang biasa ialah:

  • Asap rokok (termasuk asap terpakai). Sekitar 805 ke 905 kes COPD disebabkan oleh merokok dalam jangka masa yang lama;
  • Asap, gas, wap atau kabus kimia;
  • Habuk;
  • Pencemaran udara dalaman (seperti  bahan api pepejal yang digunakan untuk memasak dan pemanas);
  • Pencemaran udara luaran;
  • Habuk dan bahan kimia di tempat kerja (wap, bahan merengsa dan asap);
  • Kerap mendapat jangkitan respiratori bawah semasa kecil.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)?

Anda mungkin fikir bahawa lelaki lebih berkemungkinan mendapat COPD dari merokok tetapi perempuan menyumbang kepada lebih banyak kes COPD. Ini adalah kerana pertambahan bilangan perokok perempuan di Negara maju. Ditambah dengan risiko yang lebih tinggi terdedah kepada pencemaran udara dalaman (seperti bahan api pepejal yang digunakan untuk memasak dan pemanas) di Negara-negara berpendapatan rendah, penyakit ini kini melibatkan hampir sama banyak antara lelaki dan perempuan.

Anda berisiko untuk COPD jika:

  • Berumur 65-74 tahun.
  • Berkulit putih bukan Hispanic.
  • Mempunyai sejarah penyakit asma.
  • Bekas atau masih merokok.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) didiagnosis?

Oleh kerana COPD berkembang dengan perlahan, ia kebiasaannya didiagnosis ketika umur 40 tahun dank e atas. Doktor akan membuat diagnosis berdasarkan kepada tanda-tanda dan simptom-simptom, sejarah perubatan dan keluarga serta keputusan ujian anda.

Doktor mungkin bertanya jika anda merokok atau terdedah kepada bahan merengsa paru-paru seperti asap rokok terpakai, pencemaran udara, asap kimia atau habuk. Doktor akan memeriksa anda dan menggunakan stetoskop untuk mendengar nafas berbunyi (wheezing) atau bunyi pernafasan abnormal yang lain.

  • Ujian fungsi paru-paru: Ujian ini mengukur sebanyak mana udara yang anda boleh sedut dan hembus, sepantas mana anda boleh hembus udara dan sebaik mana paru-paru anda menghantar oksigen ke dalam darah.
  • Spirometri: Anda akan menarik nafas dalam dan menghembusnya sekuat yang boleh ke dalam sebuah mesin yang dinamakan spirometer. Mesin tersebut mengukur sebanyak mana udara yang anda hembuskan dan sepantas mana anda boleh mengehembusnya.
  • X-ray dada atau imbasan CT dada: Ujian ini menghasilkan imej struktur-struktur di dalam dada anda seperti paru-paru, jantung dan saluran darah. Imej tersebut boleh menunjukkan tanda-tanda COPD.
  • Ujian gas darah arteri: Ujian darah ini mengukur kadar oksigen dalam darah menggunakan sampel darah yang diambil dari arteri. Keputusannya boleh menunjukkan seteruk mana COPD anda dan jika anda memerlukan bantuan oksigen.

Bagaimana pesakit Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dirawat?

Malangnya, masih tiada rawatan yang boleh menyembuhkan COPD. Cara terbaik untuk berhadapan dengannya ialah melalui pencegahan dan pengurusan. Matlamat rawatan COPD ialah:

  • Menghilangkan simptom.
  • Memperlahankan perkembangan penyakit tersebut.
  • Meningkatkan keupayaan anda untuk kekal aktif.
  • Mengelakkan dan merawat komplikasi.

Ubat-ubatan

  • Bronkodilator: Ubat yang membuatkan anda bernafas dengan lebih mudah dengan mengembangkan otot dalam paru-paru dan meluaskan laluan udara.
  • Kombinasi bronkodilator dan glukokortikoid (sejenis steroid untuk mengurangkan keradangan paru-paru).

Vaksin

  • Suntikan demam.
  • Vaksin penumokokkal (vaksin untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus pneumonia atau pnemococcus)
  • Terapi oksigen

Pembedahan

Pembedahan kebiasaannya ialah pilihan terakhir yang diberikan kepada mereka yang mengalami simptom yang teruk dan tidak menjadi semakin baik dengan ubat-ubatan. Ia terutamanya terkait dengan emfisema termasuk bullectomy dan lung volume reduction surgery (LVRS). Pemindahan paru-paru mungkin dijadikan pilihan bagi mereka yang mengalami COPD yang teruk.

  • Bullectomy membuang poket (bulla) udara dalam paru-paru;
  • Lung volume reduction surgery;
  • Pemindahan paru-paru.

Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) telah membentuk satu pelan untuk mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit (noncommunicable disease). Matlamat WHO ialah:

  • Meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini yang wujud di seluruh dunia.
  • Membentuk lebih banyak persekitaran yang sihat terutamanya bagi populasi yang miskin dan kurang bernasib baik.
  • Mengurangkan faktor risiko penyakit ini seperti penggunaan tembakau, diet tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal.
  • Mengelakkan kematuan pramatang dan kecacatan boleh cegah dari penyakit tidak berjangkit yang utama.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)?

Perubahan gaya hidup dan rawtan boleh membantu anda berasa lebih baik, kekal aktif dan memperlahankan perkembangan penyakit ini.

Berhenti merokok dan elakkan bahan merengsa paru-paru

Jika anda merokok, adalah lebih baik untuk berhenti. Merokok ialah penyebab utama COPD. Sila berbincang dengan doktor anda tentang program dan produk yang boleh membantu anda berhenti merokok.

Cuba elakkan bahan merengsa paru-paru yang boleh menyebabkan COPD. Contohnya ialah asap rokok terpakai, pencemaran udara, asap kimia dan habuk.

Elakkan bahan merengsa ini di dalam rumah anda. Jika rumah anda dicat atau disembur untuk mencegah serangga, lakukkannya apabila anda boleh menjauhi kawasan tersebut untuk beberapa ketika.

Pastikan tingkap anda ditutup dan duduk di rumah (jika boleh) jika terdapat banyak pencemaran udara dan habuk di luar.

Dapatkan penjagaan perubatan yang berterusan

Adalah sangat penting untuk mendapatkan penjagaan perubatan yang berterusan. Ambil semua ubat-ubatan seperti yang dipreskrip oleh doktor. Pastikan anda mengisi semula preskripsi anda sebelum ia habis. Bawa senarai semua ubat-ubatan yang anda sedang ambil semasa pemeriksaan perubatan.

Beritahu doktor anda tentang bila anda harus mengambil vaksin influenza dan pneumonia. Tanyakan juga tentang penyakit lain diaman COPD boleh meningkat risikonya seperti sakit jantung, kanser paru-paru dan pneumonia.

Menguruskan penyakit dan simptom-simptomnya

Sila ikut pelan pemakanan untuk mendapatkan kalori dan nutrisi yang anda perlu kerana COPD boleh menyebabkan masalah pada pemakanan anda.

Kekal aktif dengan menjalankan aktiviti fizikal secara berkala. Ia dapat menguatkan otot dan membantu bernafas serta meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhannya. Tetapi anda harus berbincang dengan doktor terlebih dahulu tentang jenis aktiviti yang selamat bagi anda.

Letakkan barang-barang yang anda perlu selalu di satu tempat untuk mengelakkannya susah dicapai.

Cari cara paling mudah untuk memasak, membersih dan tugasan lain. Contohnya, anda mungkin ingin menggunakan meja kecil atau kereta sorong untuk mengalih barang di sekeliling anda dan menggunakan penyepit yang panjang untuk mencapai sesuatu.

Minta bantuan untuk memindahkan barang di dalam rumah supaya anda tidak perlu menaiki tangga dengan kerap.

Longgarkan kasut anda, gunakan pakaian dan kasut yang mudah dipakai dan dibuka.

Bergantung kepada keterukan penyakit anda, anda mungkin memerlukan ahli keluarga dan kawan-kawan untuk membantu dalam urusan harian anda.

Bersedia untuk kecemasan

Pastikan nombor telefon doktor, hospital dan sesiapa yang boleh membawa anda mendapatkan penjagaan kesihatan dismpan dan mudah dicari.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan