Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Palsi serebrum atau nama inggerisnya adalah cerebral palsy (CP) merupakan nama sekumpulan keadaan yang menjejaskan otot dan saraf. Ia tidak diwarisi tetapi ia bermula pada awal kehidupan. Terdapat tiga jenis CP iaitu spastik (paling biasa), athetoid, dan ataxik.
CP merupakan keadaan seumur hidup yang tidak begitu teruk, dan kebanyakkan kanak-kanak yang menghidap CP mempunyai jangka hidup yang normal. Sebahagian pesakit yang terjejas masih boleh hidup dengan biasa. Manakala yang lain, mengalami kecacatan teruk. namun begitu, ada di antara yang lain pula memiliki kecerdasan normal meskipun dengan kecacatan yang agak teruk.
Tanda-tanda biasa dan gejala palsi serebrum adalah pergerakan tidak normal pada lengan dan kaki, bayi sukar disuap makan, nada otot yang lemah pada awal kehidupan, perkembangan yang perlahan dari segi berjalan dan bercakap, postur badan yang tidak normal, kejang otot, badan kaku, penyelarasan yang lemah, dan mata silang. CP boleh jadi ringan, sederhana, atau teruk.
Kanak-kanak dengan CP spastik mempunyai ketegangan otot, dengan pergerakan yang kaku, terutamanya di kaki, lengan, dan bahagian tubuh belakang.
CP athetoid menjejaskan seluruh badan, maka akan kanak-kanak mempunyai masalah dengan keseimbangan dan penyelarasan. Mereka mempunyai pergerakan yang perlahan, tidak terkawal dan nada otot yang rendah yang membuatkan mereka susah untuk duduk tegak dan berjalan.
Gejala-gejala CP campuran adalah gabungan kedua-dua jenis ini.
Kadang-kadang kanak-kanak mengalami masalah belajar, pendengaran, atau penglihatan, atau terencat akal.
Mungkin ada gejala-gejala yang tidak disenaraikan seperti di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa gejala, sila berunding dengan doktor anda.
Diagnosis yang awal boleh membantu mengelakkan banyak gejala dan mengawal penyakit. Jika anda menyedari mana-mana tanda atau gejala seperti yang disenarai di atas atau mempunyai masalah dengan penyelarasan dan fungsi otot anak anda, sila berunding dengan doktor anda.
Puncanya adalah kecederaan di beberapa bahagian otak yang mengawal kebolehan menggerakkan otot-otot. Serebrum bermaksud yang berkaitan dengan otak. Palsi bermaksud kelemahan atau masalah menggunakan otot. Punca-punca CP termasuklah:
Terdapat banyak faktor yang berisiko untuk palsi serebrum, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan memeriksa pergerakan anak anda dengan teliti. Doktor akan melakukan ujian-ujian tertentu untuk menentukan CP, termasuk CT dan MRI pada otak, ultrasound, dan ujian pengaliran saraf.
CP tidak boleh dirawat, namun gejala-gejala dan kecacatan boleh dibantu dengan terapi fizikal (PT), terapi pekerjaan (OT), kaunseling psikologi, dan pembedahan. PT membantu kanak-kanak menguatkan otot-otot dan fokus kepada kemahiran seperti berjalan, duduk, dan keseimbangan. Alat-alat yang istimewa seperti pendakap dan tuap juga berfaedah kepada sebahagian kanak-kanak. Manakala dengan OT pula, kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran motor yang asas, seperti memakai baju, menyuap, dan menulis. Terapi ucapan dan bahasa juga akan dilakukan untuk membantu kanak-kanak dengan kemahiran bercakap. Kanak-kanak dan ahli keluarga diberi bantuan dengan sokongan, pendidikan istimewa, dan khidmat-khidmat yang berkaitan.
Berikutnya adalah gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi palsi serebrum:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen