backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Info Lengkap Mengenai Mati Pucuk

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 20/10/2022

Info Lengkap Mengenai Mati Pucuk

Definisi

Apa itu mati pucuk lelaki?

Mati pucuk (Erectile dysfunction, ED) terjadi apabila seseorang lelaki itu tidak mampu atau gagal mengekalkan ereksi yang cukup untuk melakukan seks. Anda mungkin mengalami ED sekiranya:

  • Anda boleh mengalami ereksi kadang-kadang, walaupun bukan setiap masa
  • Mendapat ereksi, tetapi tidak bertahan cukup lama untuk seks
  • Tidak mampu mendapat ereksi langsung
  • Apakah kebarangkalian mati pucuk lelaki?

    Mati pucuk terjadi pada lelaki tanpa mengira bangsa di seluruh pelosok dunia. Lelaki lebih berkemungkinan mengalami ED seiring penambahan umur. Contohnya, mati pucuk lelaki terjadi dalam:

    • Sekitar 12% untuk lelaki di bawah usia 60 tahun
    • 22% lelaki sekitar umur 60 hingga 69
    • 30% lelaki berumur 70 tahun dan ke atas

    Simptom-simptom

    Apakah simptom dan tanda mati pucuk?

    Gejala utama ED ialah ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi hingga ke akhir aktiviti seks.

    Jika penyebabnya ialah psikologikal, lelaki mungkin mengalami keresahan, naik angin (mood swings), kemurungan, insomnia, dan risau dengan kemampuan seksual.

    Jika penyebabnya ialah fizikal pula, gejala penyakit medikal mungkin melibatkan pendarahan yang lemah di bahagian kaki, atau nafas singkat apabila disertai senaman (kemungkinan penyakit jantung). Kencing manis juga biasanya dikaitkan dengan mati pucuk lelaki.

    Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.

    Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom dan tanda mati pucuk tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    mati pucuk lelaki

    Doktor keluarga ialah rujukan permulaan yang baik sekiranya anda mengalami masalah mati pucuk. Berjumpalah dengan doktor sekiranya:

    • Anda mempunyai kerisauan mengenai ereksi atau anda mengalami masalah seksual lain, termasuk menunjukkan tanda mati pucuk, seperti ejakulasi pramatang atau ejakulasi tertunda
    • Anda mengalami kencing manis, penyakit jantung atau penyakit-penyakit lain yang mungkin dikaitkan dengan masalah mati pucuk
    • Anda mengalami gejala lain selain mati pucuk

    Punca

    Apakah punca mati pucuk lelaki?

    Penyebab mati pucuk, antaranya:

    • Gangguan yang menyebabkan aliran darah lemah atau saraf yang cedera di bahagian zakar
    • Saraf di bahagian zakar terkesan daripada pembedahan bahagian pinggang dan abdomen (terutamanya pembedahan prostat), terapi radiasi, penyakit berkaitan tulang belakang dan kencing manis
    • Gangguan hormon

    Faktor lain termasuk strok, merokok, alkohol, dan dadah.

    Ubatan yang boleh mengakibatkan mati pucuk (terutamanya dalam kalangan orang tua) adalah ubat darah tinggi, anti depresi, sedatif, cimetadine, digoxin, diuretik dan ubatan terlarang.

    Faktor-faktor risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat mati pucuk lelaki?

    Pelbagai faktor risiko turut menyumbang kepada masalah mati pucuk lelaki, antaranya:

    • Masalah kesihatan, terutamanya kencing manis atau masalah jantung
    • Penggunaan tembakau, yang mana menghalang aliran darah daripada vena ke arteri, dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang kronik serta membawa kepada masalah mati pucuk
    • Berat badan berlebihan, terutamanya jika anda obes
    • Rawatan perubatan tertentu, seperti pembedahan prostat atau rawatan radiasi untuk kanser
    • Kecederaan, khususnya jika ia merosakkan saraf atau arteri yang mengawal ereksi
    • Pengambilan ubat, termasuk anti depresi, antihistamin, dan ubatan untuk merawat darah tinggi, kesakitan atau masalah prostat
    • Keadaan psikologikal, seperti tekanan, kerisauan (anxiety) atau kemurungan
    • Aktiviti berbasikal berpanjangan, yang mana boleh menekan saraf dan mempengaruhi aliran darah ke zakar, boleh membawa kepada masalah mati pucuk lelaki sementara atau kekal

    tanda mati pucuk

    Diagnosis dan rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit mati pucuk didiagnosis?

    • Ambilan ubat menerusi mulut. Doktor mungkin boleh memberi preskripsi dalam bentuk pil yang merawat mati pucuk. Ubatan biasa adalah seperti sildenafil (®Viagra), vardenafil (®Levitra, ®Staxyn), tadalafil (®Cialis), avanafil (®Stendra). Jika anda dalam keadaan sihat, doktor akan memberi preskripsi mana-mana satu ubatan ini. Anda tidak boleh mengambil mana-mana satu pil tersebut untuk merawat mati pucuk jika anda sedang mengambil nitrat, sejenis ubatan penyakit jantung. Semua pil untuk merawat mati pucuk berfungsi meningkatkan aliran darah menuju zakar. Ia tidak menyebabkan ereksi secara automatik. Bincang dengan doktor anda mengenai bila pil perlu diambil. Anda mungkin perlu menguji berapa lama masa yang diperlukan untuk sesetengah pil menunjukkan kesannya
    • Penggantian testosteron. Sesetengah lelaki mengalami tanda mati pucuk yang mungkin terkesan daripada kadar hormon testosteron yang rendah. Dalam kes tersebut, terapi penggantian testosteron mungkin dapat dicadangkan sebagai langkah pertama
    • Memberi preskripsi alatan vakum: Cara lain untuk mendapat ereksi adalah menggunakan alatan khas yang dicipta bersama tiub vakum. Masukkan zakar anda ke dalam tiub, yang mana ia bersambung dengan pam. Ketika udara dikeluarkan daripada dalam pam, darah akan mengalir masuk ke zakar dan menyebabkan ia semakin besar dan tegang. Kemudian, cincin elastik yang dicipta khas akan digerakkan daripada penghujung tiub ke pangkal zakar untuk mengekalkan darah dari mengalir semula ke dalam badan. Anda akan dapati bahawa penggunaan alatan vakum memerlukan beberapa latihan
    • Rawatan lain: Implan zakar merangkumi proses pembedahan untuk memasukkan alat gantian ke dalam kedua-dua bahagian zakar. Implan ini terdiri daripada yang boleh kembung (inflatable) atau rod separuh tegang. Alat boleh kembung membenarkan anda untuk mengawal bila dan berapa lama anda mengalami ereksi. Rod separuh tegang membenarkan zakar tegang namun dapat dibengkokkan

    Di samping itu, doktor boleh juga menggunakan terapi psikologi untuk merawat faktor mental dan emosi jika ia menjadi punca mati pucuk lelaki.

    Masalah anda mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dirawat dan memerlukan penggunaan langkah yang pelbagai.

    Anda perlu bekerjasama dan memberikan maklumat yang cukup kepada doktor agar dapat memperoleh hasil rawatan yang terbaik.

    Bagaimana pesakit mati pucuk lelaki dirawat?

    Bagi kebanyakan lelaki, cukup jika doktor mengambil sejarah perubatan, dan pemeriksaan fizikal untuk mereka mendiagnosis masalah mati pucuk serta rawatan yang diperlukan.

    Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik atau doktor anda mengesyaki ada masalah lain yang turut terlibat, anda mungkin perlu melalui ujian lain atau mendapatkan konsultasi daripada doktor pakar.

    Ujian untuk masalah lain yang turut terlibat antaranya:

    • Ujian darah. Sampel darah akan dihantar ke makmal untuk diuji sebarang tanda penyakit jantung, kencing manis, kadar testosteron rendah, dan masaah kesihatan lain
    • Ujian kencing. Seperti ujian darah, ujian kencing adalah untuk mencari tanda kencing manis atau masalah lain yang turut serta
    • Ultrasound. Ujian ini biasanya dijalankan oleh pakar di dalam pejabat mereka. Ia merangkumi penggunaan alatan seperti tongkat kecil (transducer) diletakkan di atas salur darah yang menuju ke zakar. Video imej akan terhasil, yang akan membantu doktor untuk mengenal pasti jika anda mengalami masalah salur darah

    Ujian ini kadang-kadang dijalankan bersama cucukan ubatan khas ke dalam zakar untuk menggalakkan aliran darah dan penghasilan ereksi baru:

    • Ujian ereksi semalaman. Kebanyakan lelaki mengalami ereksi semasa tidur tanpa sedar atau ingat akannya. Ujian ringkas ini melibatkan pembalutan alatan khas di sekeliling zakar sebelum anda tidur

    Alatan ini membantu untuk mengukur jumlah dan kekuatan ereksi yang dialami semalaman. Ia adalah penting untuk mengenal pasti sama ada masalah mati pucuk anda diakibatkan oleh kesan psikologikal atau fizikal.

    • Ujian psikologi. Doktor akan menanyakan beberapa soalan untuk menapis kemurungan dan kemungkinan punca psikologi yang mengakibatkan mati pucuk lelaki

    Pencegahan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani mati pucuk?

    Untuk kebanyakan lelaki, masalah mati pucuk adalah disebabkan atau diakibatkan oleh pilihan gaya hidup. Antara langkah yang mungkin membantu ialah:

    tanda mati pucuk

    • Sekiranya anda merokok, hentikan. Sekiranya anda mengalami masalah untuk berhenti, dapatkan pertolongan. Cuba gantian nikotin, seperti gula getah serta lozeng yang boleh didapati di kaunter, atau tanyakan pada doktor mengenai preskripsi ubatan yang boleh membantu anda untuk berhenti
    • Kurangkan beberapa kilo berat badan. Mengalami berat badan berlebihan boleh mengakibatkan atau membuatkan masalah mati pucuk lelaki semakin teruk
    • Masukkan aktiviti fizikal dalam rutin harian. Senaman boleh membantu mengatasi masalah dalaman yang berkaitan dengan mati pucuk melalui pelbagai cara. Ini termasuklah mengatasi tekanan, membantu mengurangkan berat, dan meningkatkan aliran darah
    • Dapatkan rawatan untuk masalah alkohol dan dadah. Terlalu banyak minum (alkohol) atau pengambilan dadah tertentu boleh menimbulkan masalah tanda mati pucuk, atau mengakibatkan masalah kesihatan jangka panjang
    • Cari solusi masalah perhubungan. Dapatkan kaunseling bersama pasangan sekiranya anda mengalami masalah komunikasi dengan si dia atau sedang mengalami masalah peribadi

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan