backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kanser sinus

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu kanser sinus?

Sinus paranasal anda adalah ruang berongga kecil di sekeliling hidung. Ia dipenuhi sel-sel yang membuat lendir (mukus), yang mengekalkan kelembapan hidung anda. Rongga hidung adalah laluan di belakang hidung anda. Udara akan melewatinya dan kerongkong sewaktu anda bernafas.

Kanser sinus adalah pertumbuhan sel tidak normal yang bermula di dalam dan sekitar laluan di dalam hidung anda (rongga hidung).

Apakah kebarangkalian kanser sinus?

Kanser sinus sangat jarang berlaku. Ia boleh berlaku di semua peringkat usia dan boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi kanser sinus?

Simptom-simptom kanser sinus adalah:

  • Hidung tersumbat atau kesesakan hidung berterusan, yang sering dipanggil kesesakan sinus
  • Jangkitan sinus kronik yang tidak bertindak balas terhadap rawatan antibiotik
  • Sakit kepala yang kerap atau sakit di kawasan sinus
  • Sakit atau bengkak pada muka, mata, atau telinga
  • Air mata yang mengalir berterusan
  • Bengkak pada salah satu mata atau hilang penglihatan
  • Kurang deria bau
  • Sakit atau kebas pada gigi
  • Gigi longgar pada gusi
  • Bengkak/benjolan pada muka, hidung, atau di dalam mulut
  • Hidung kerap berair
  • Hidung kerap berdarah
  • Kesukaran membuka mulut
  • Benjolan atau sakit di dalam hidung yang tidak sembuh
  • Keletihan
  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Benjolan di leher

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan kanser sinus?

Terdapat banyak jenis ketumbuhan yang boleh terbentuk di dalam hidung atau sinus. Sebahagiannya disenaraikan di bawah:

  • Inverted papilloma
  • Karsinoma sel squamous
  • Karsinoma sel transisional
  • Adenokarsinoma
  • Karsinoma cystic adenoid
  • Melanoma
  • Neuroblastoma
  • Sarcoma
  • Limfoma
  • Plasmacytoma
  • Tumor sel Giant
  • Karsinoma metastatik

Kadangkala, orang yang mempunyai kanser dalam rongga hidung atau kanser sinus paranasal tidak menunjukkan tanda-tanda ini. Malah, kanser jenis ini biasanya didiagnosis pada peringkat akhir kerana peringkat awalnya biasanya tidak menyebabkan sebarang simptom. Kanser sinus  sering dijumpai pada orang yang sedang dirawat kerana penyakit sinus yang kerap berlaku, seperti sinusitis.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko kanser sinus?

Terdapat 2 faktor risiko utama yang dapat meningkatkan risiko kanser rongga hidung dan kanser sinus paranasal:

  • Penggunaan tembakau. Penggunaan tembakau adalah faktor risiko terbesar untuk kanser di bahagian kepala dan leher. Produk tembakau termasuklah rokok, cerut, paip tembakau, dan kotak tembakau sedutan. Lapan puluh lima peratus (85%) daripada kanser bahagian kepala dan leher dikaitkan dengan penggunaan tembakau. Perokok pasif juga boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami kanser kepala dan leher.
  • Meminum alkohol dengan kerap dan berat juga adalah faktor risiko kanser bahagian kepala dan leher. Risiko ini lebih meningkat apabila menggunakan alkohol dan tembakau dalam satu masa.

Faktor lain yang dapat meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser rongga hidung atau kanser sinus paranasal.

  • Kanser rongga hidung dan kanser sinus paranasal berlaku lebih dua kali ganda dalam kalangan lelaki berbanding wanita.
  • Kanser rongga hidung dan kanser sinus paranasal paling biasa dijumpai di antara umur 45 dan 85 tahun.
  • Human papillomavirus (HPV). Kajian menunjukkan bahawa jangkitan virus ini adalah faktor risiko untuk kanser rongga hidung dan kanser sinus paranasal. Aktiviti seksual dengan seseorang yang mempunyai HPV adalah cara yang paling kerap seseorang dijangkiti HPV. Terdapat pelbagai jenis HPV. Kajian juga menunjukkan hubungan antara beberapa jenis HPV dengan beberapa jenis kanser. Kini, terdapat vaksin untuk melindungi anda daripada beberapa jenis HPV.
  • Inhalans khusus. Menghidu bahan-bahan tertentu, contohnya dalam persekitaran yang paling biasa dijumpai, dapat meningkatkan risiko kanser rongga hidung atau kanser sinus paranasal.
  • Pendedahan kepada pencemaran udara. Pencemaran udara boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser rongga hidung dan kanser sinus paranasal.
  • Penggunaan marijuana (ganja). Kajian terbaru menunjukkan bahawa orang yang pernah menggunakan ganja mungkin berisiko tinggi untuk kanser bahagian kepala dan leher.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana kanser sinus didiagnosis?

Diagnosis bermula dengan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh. Ujian pengimejan seperti imbasan CT dan MRI biasanya dilakukan untuk mengesan peringkat tumor dan untuk memeriksa kehadiran penyebaran atau metastasis. Imbasan CT lebih baik bagi memeriksa struktur tulang sinus dan pangkal tengkorak. MRI pula lebih baik bagi menentukan butiran tisu lembut, seperti keadaan dura (lapisan otak), atau otak itu sendiri. Biopsi tumor adalah perlu untuk membuat diagnosis muktamad. Ini sering dilakukan di klinik dengan anestetik topikal. Kadangkala biopsi perlu dilakukan dalam suasana yang lebih terkawal seperti bilik operasi, terutamanya jika terdapat risiko pendarahan.

Bagaimana kanser sinus dirawat?

Terapi pembedahan adalah rawatan utama untuk kebanyakan tumor sinonasal. Sinaran radiasi juga boleh digunakan. Sinaran ini boleh digunakan bersendirian jika tumor tidak dapat dikeluarkan secara pembedahan atau bagi pesakit yang tidak boleh menerima pembedahan. Terapi gabungan pembedahan dan radioterapi bersama atau tanpa kemoterapi akan diberikan dalam keadaan tertentu.

Selain itu, jenis pembedahan akan bergantung kepada saiz dan penyebaran tumor serta keutamaan pakar bedah. Pendekatan pembedahan boleh jadi secara luaran atau endoskopik. Pembuangan tumor sinonasal boleh meninggalkan pesakit dengan kecacatan wajah yang kekal dan kesukaran untuk bercakap serta menelan. Pembedahan rekonstruktif sering dilakukan untuk membantu masalah ini, biasanya menggunakan tisu dari tempat lain di dalam tubuh.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas kanser sinus?

Menghadapi kesan sampingan fizikal

Kesan sampingan fizikal yang biasa dari setiap pilihan rawatan untuk kanser rongga hidung dan kanser sinus paranasal diterangkan dalam bahagian Rawatan Pilihan. Ketahui lebih lanjut mengenai kesan sampingan kanser dan rawatannya, termasuklah cara untuk mencegah atau mengawalnya. Perubahan kepada kesihatan fizikal anda bergantung kepada beberapa faktor, termasuk peringkat kanser, tempoh dan dos rawatan, serta kesihatan umum anda.

Kadangkala, kesan sampingan fizikal boleh berlaku walaupun selepas rawatan selesai. Doktor menggelarl ini sebagai kesan sampingan jangka panjang. Mereka juga menggelarl kesan sampingan yang berlaku berbulan-bulan atau bertahun selepas rawatan sebagai kesan-kesan sampingan lewat. Merawat kesan sampingan jangka panjang dan kesan lewat merupakan bahagian penting dalam penjagaan kelangsungan hidup pesakit. Ketahui lebih lanjut dengan membaca bahagian Penjagaan Susulan panduan ini atau berbincang dengan doktor anda.

Menghadapi kesan emosi dan sosial

Anda boleh mempunyai kesan emosi dan sosial serta kesan fizikal selepas mendapat tahu diagnosis kanser. Hal ini termasuk merawat emosi, seperti bimbang, marah, atau menguruskan tahap tekanan anda. Kadang-kadang, pesakit mempunyai masalah dalam meluahkan perasaan mereka kepada orang yang mereka sayangi, atau ahli keluarga tidak tahu apa yang harus dikatakan sebagai balasannya.Pesakit dan keluarga mereka digalakkan untuk berkongsi perasaan mereka dengan ahli pasukan penjagaan kesihatan mereka. Anda juga boleh mencari strategi mengatasi kesan emosi dan sosial di bahagian yang berasingan dalam laman web ini. Bahagian ini merangkumi banyak sumber untuk mencari sokongan dan maklumat bagi memenuhi keperluan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan