Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kanser pundi hempedu adalah penyakit yang melibatkan penghasilan sel malignan (kanser) pada tisu pundi hempedu.
Pundi hempedu adalah organ berbentuk pear yang terletak di belakang hati pada bahagian atas abdomen. Pundi hempedu menngumpul hempedu, cecair yang dihasilkan oleh hati untuk menghadam lemak. Apabila makanan dihadam di dalam perut dan usus, hempedu akan dilepaskan daripada pundinya melalui satu tiub/saluran yang dipanggil duktus hempedu sepunya yang menghubungkan pundi hempedu dan hati dengan bahagian pertama usus kecil.
Sekiranya kanser pundi hempedu ditemui pada peringkat awal, peluang untuk sembuh adalah sangat baik, tetapi malangnya, kebanyakan kanser jenis ini ditemui lambat,dan prognosisnya sangatlah teruk
Kanser pundi hempedu adalah penyakit yang jarang berlaku. Wanita lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini berbanding lelaki. Namun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Sebahagian tanda dan simptom kanser pundi hempedu yang lazim berlaku termasuk:
Walaubagaimanapun, kanser pundi hempedu sukar untuk dikenal pasti dan didiagnosis awal.
Diagnosis dan rawatan awal boleh menghalang kanser pundi hempedu daripada menjadi lebih teruk dan mengelakkan berlakunya kecemasan perubatan yang lain., jadi silalah hubungi doktor anda sesegera mungkin untuk mengelakkan ia menjadi lebih serius.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Sehingga sekarang, masih tiada sebab yang jelas bagi kanser pundi hempedu. Para doktor mengetahui bahawa kanser pundi hempedu terjadi apabila sel pundi yang sihat mengalami perubahan (mutasi) pada DNA. Mutasi ini menyebabkan sel-sel tumbuh luar kawalan dan terus hidup melebihi jangka hayat sel yang normal. Sel yang terkumpul ini menjadi ketumbuhan yang boleh berkembang lebih daripada sempadan pundi hempedu dan merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.
Kebanyakan kanser pundi hempedu bermula daripada sel kelenjar yang menyelaputi bahagian dalam pundi. Kanser yang berasal daripada sel jenis ini dipanggil adenokarsinoma.Istilah ini merujuk kepada cara sel ini muncul sewaktu diperiksa dengan mikroskop.
Terdapat banyak faktor risiko bagi kanser ini seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Ujian dan prosedur yang digunakan untuk mendiagnosis kanser pundi hempedu termasuklah:
Peringkat kanser pundi hempedu ialah
Rawatan bagi kanser pundi hempedu akan ditentukan berdasarkan peringkat kanser anda, keadaan kesihatan secara keseluruhan dan pilihan anda . Pada permulaannya, fokus rawatan adalah untuk membuang kanser tersebut, tetapi apabila ia mustahil, terapi yang lain mungkin boleh membantu untuk mengawal kanser daripada merebak dan membuatkan anda selesa semampu mungkin.
Pembedahan adalah pilihan sekiranya anda masih berada pada tahap awal kanser. Pilihan yang ada termasuklah
Pembedahan tidak akan mampu untuk menyembuhkan kanser pundi hempedu yang telah merebak ke bahagian lain tubuh badan. Sebaliknya, doktor akan memberikan rawatan yang boleh melegakan tanda dan simptom kanser dan membuat anda berasa lebih selesa. Tiga pilihan yang boleh dilakukan termasuklah:
Anda patut mengambil makanan yang tinggi dengan serat dan lemak yang sihat untuk mengelakkan kanser pundi hempedu. Bijian halus(ditemui dalam bijirin bergula dan nasi putih, roti dan pasta) dan gula mempunyai meninggikan lagi risiko kanser tersebut. Bijian penuh seperti beras perang dan roti gandum, dan lemak daripada ikan dan minyak zaitun adalah disyorkan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen