Ada beberapa masalah yang boleh berlaku kepada organ ini termasuk jangkitan buah pinggang. Sekiranya ia terjadi, apa yang kita semua perlu tahu? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Ada beberapa masalah yang boleh berlaku kepada organ ini termasuk jangkitan buah pinggang. Sekiranya ia terjadi, apa yang kita semua perlu tahu? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Masalah Urologi, anda boleh klik di sini.
Infeksi buah pinggang, juga dikenali sebagai pielonefritis, adalah angkara mikrob tertentu pada saluran kencing.
Ia bermula pada saluran kencing di bahagian bawah (uretra atau pundi kencing) kemudian bergerak ke bahagian atas saluran kencing (buah pinggang dan ureter).
Ia berkemungkinan merebak ke saluran darah dan menyebabkan jangkitan yang membawa maut.
Data epidemiologi pielonefritis adalah terhad. Satu kajian berdasarkan populasi di Amerika Syarikat menganggarkan bahawa setiap tahun berlaku kira-kira 17 kes bagi setiap 10,000 wanita dan 4 kes bagi setiap 10,000 lelaki.
Infeksi buah pinggang menunjukkan perbezaan bermusim dan lebih kerap berlaku pada bulan Julai dan Ogos bagi wanita dan pada bulan Ogos dan September dalam kalangan lelaki.
Ia boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jangkitan buah pinggang mungkin kelihatan seperti infeksi biasa pada mulanya, tetapi ia kemudian berkembang dengan cepat dan lebih teruk apabila bakteria sampai ke bahagian atas saluran kencing.
Tanda dan simptom utama jangkitan ini ialah:
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor jika anda mempunyai simptom berikut:
Infeksi buah pinggang biasanya disebabkan oleh bakteria yang memasuki saluran kencing melalui ureter (tiub yang berfungsi untuk membawa air kencing keluar daripada badan anda), kemudian membiak.
Bakteria yang paling kerap ditemui menyebabkan pielonefritis ialah bakteria yang biasa ditemui dalam najis (E. coli atau Klebsiella), manakala bakteria kulit atau bakteria yang lain kurang berkemungkinan untuk menyebabkan pielonefritis.
Aliran darah ke buah pinggang juga boleh menyumbang kepada penyakit ini dengan membawa bakteria daripada infeksi di tempat lain dalam badan anda dan kemudian merebak ke buah pinggang anda.
Jangkitan ini boleh berlaku melalui cara ini walaupun jarang terjadi.
Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan ini, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Berdasarkan keadaan anda, tanda vital dan simptom, seperti demam dan sakit belakang, doktor boleh memberikan diagnosis awal.
Anda mungkin perlu menjawab beberapa soalan, memberikan sampel air kencing untuk mengesan bakteria, darah atau nanah dalam air kencing anda.
Ujian makmal yang mengesan bakteria atau organisma lain dalam darah juga mungkin diperlukan dalam beberapa kes.
Ujian pengimejan yang mugkin diperlukan termasuklah ultrabunyi, imbasan tomografi berkomputer atau sejenis X-ray yang memberikan imej terperinci buah pinggang dan organ-organ yang berkaitan.
Rawatan pertama infeksi buah pinggang ialah pengambilan antibiotik.
Ubat yang perlu anda ambil dan tempoh masanya bergantung kepada keadaan kesihatan anda, simptom dan bakteria yang dijumpai dalam air kencing.
Tanda dan simptom jangkitan ini akan beransur-ansur hilang dalam masa beberapa hari rawatan.
Tetapi anda mungkin perlu meneruskan pengambilan antibiotik selama seminggu atau lebih. Pastikan anda mengahabiskan keseluruhan antibiotik yang ditetapkan oleh doktor anda.
Jika anda mempunyai jangkitan yang teruk, anda mungkin akan dimasukkan ke hospital dan diberikan antibiotik melalui vena pada lengan.
Jika jangkitan buah pinggang ini berulang, anda mungkin perlu menemui pakar urologi untuk mengenal pasti masalah.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen